Perkara terbaik yang boleh dilakukan selepas membuka mata di pagi hari adalah:
1. Bersyukur
Bersyukur
kerana anda masih diberi nafas pagi ini bagi melihat matahari dan
menghirup segarnya udara kurniaan Allah. Bersyukur juga kerana anda
masih diberi kesempatan untuki melakukan dan menjadi yang terbaik;
pastinya lebih baik daripada yang semalam.
2. Tekad Bermotivasi
Ucapkan
dalam hati dan kepada diri yang anda mahu bersemangat sepenuhnya.
Dengarkan dan baca bahan bermotivasi sebelum memulakan tugas. Di waktu
awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join
sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Hal ini kerana ia menerbitkan
energi negatif lalu menghalang anda dari bermotivasi sepanjang hari.
3. Tingkatkan Motivasi Diri Dengan Mencari Motivasi Terbaik
Motivasi harus dijaga. Sekiranya ia tidak dipelihara, ia akan menjadikan kita tidak bersemangat.
4. Mulakan Dengan Bismillah
Mulakan
setiap tugasan yang ingin dilakukan dengan bismillah. Bismillah dapat
menjauhkan kita daripada bisikan syaitan dan perasaan was-was.
5. Mulakan hari dengan ubah sikap. Tetapkan apa yang mahu dicapai.
6. Maafkan Semua Orang
Sebelum
dan selepas bangun daripada tidur, maafkan insan di sekeliling kita.
Memaafkan dapat menghilangkan segala kerungsingan dan keresahan hidup.
Hati juga akan menjadi tenang dan tenteram apabila kita memaafkan insan
lain.
Artikel asal : ILuvIslam.com
No comments:
Post a Comment