Fikir-fikirkanlah kembali adakah dengan berbuat begitu apa faedah yang kita akan dapat selain memuaskan nafsu jahat sendiri? Tiada jawapan untuk soalan sebegini kerana memang tiada jawapan. Hanya orang yang mengkhianati orang dapat menjawab soalan ini.
Jika bertanya kepada diri saya sendiri adakah saya pernah dikhianati, mustahil untuk saya katakan tidak. sememangnya pernah dikhianati tetapi apa yang saya buat untuk mengatasinya? Jika anda melalui perkara yang sama, boleh cuba tips berikut;
1) Jika sedih, lepaskan perasaan sedih itu dalam sehari. Selepas itu
carilah bahan bacaan yang memotivasikan diri. Bahan bacaan yang terbaik
ialah al-Quran. cuba dan buat!
2) Jika rasa pedih di hati. jumpa dengan orang yang mengkhianati
kita, dan luahkan apa yang terpendam di hati. Lepaskan semuanya. (jangan
melampaui batas)
3) Jika rasa dia masih menganggu anda boleh cuba keringkan hati dan
abaikan dia, jangan sesekali beri PELUANG . Jangan sesekali! Jika beri
peluang, tidak mustahil untuk disakiti lagi.
4) Kesan yang besar dalam hidup kita. Jangan paksa diri untuk
melupakan orang tersebut, tetapi simpanlah dalam diari hidup supaya
berhati-hati dengan orang seperti itu dan jadikan kisah sebagai
pengajaran.
5) Jangan lupakan doakan orang tersebut. Pohonkan pada Allah, moga
dilembutkan hatinya agar mudah menerima nasihat dan pandangan. Walaupun
orang tersebut telah mengkhianati anda, doakan sahaja kebaikan untuknya.
Ingat, sekalipun orang melakukan kejahatan kepada kita, balas la ia
dengan kebaikan. Sesungguhnya kebaikan itu akan menghapuskann kejahatan.
"Bertaqwalah
kepada Allah walau di mana jua kamu berada, dan turutilah segala
kejahatan yg kamu lakukan itu dengan kebaikan, nescaya ia akan
menghilangkan kejahatan tersebut. Dan berakhlaklah kepada manusia dengan
akhlak yg mulia."
(Hadis Riwayat At-Termizi dan Ahmad)
(Hadis Riwayat At-Termizi dan Ahmad)
Benar, jika syukur dengan apa yang kita ada hati akan rasa gembira dan tenang juga akan menyapa. Sabar untuk yang dikhianati. Sabar itu satu nikmat. Untuk capai nikmatnya kesabaran itu, sabarlah dulu.
Firman Allah yang bermaksud;
"Maka
bersabarlah engkau (Muhammad) ata apa yang mereka katakan. Dan
bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu sebelum matahari terbit dan sebelum
terbena, dan bertasbihlah (pula) pada waktu tengah malam dan di ujung
siang hari, agar engkau merasa tenang"
(Surah Taha ayat 130)
(Surah Taha ayat 130)
Petikan asal : ILuvIslam
No comments:
Post a Comment