Ramai orang yang mahukan BAHAGIA.
Pelbagai cara yang dilakukan oleh manusia2 di muka bumi ini demi mengejar secarik rasa bahagia.
Namun, ramai juga yang masih tak puas dengan apa yang dikecapi.
Kata mereka bahagia yang dicari tak sampai ke tahap yang digariskan oleh mereka.
Level yang diletakkan untuk merasa bahagia terlalu tinggi untuk digapai.
Oleh itu bahagia yang dicari juga semakin sukar untuk diraih kerna bahagia itu keterlaluan benar bagi pemiliknya.
Bahagia itu, bagaimana?
Ada yang merasakan bahagia itu ialah
pabila mampu berbelanja ribuan, puluhan atau jutaan ringgit demi harta
dunia yang sifatnya hanya sementara.
Ada yang
merasakan bahagia itu ialah pabila dapat menghabiskan masa untuk
melancong dari satu negara ke satu negara demi berseronok cuma.
Ada yang merasakan bahagia itu ialah pabila dikelilingi kawan2 yang sentiasa ada untuk bergelak tawa bersama-sama kita.
Ada yang merasakan bahagia itu ialah pabila memiliki pelbagai barang2 yang berjenama dengan harga yang tinggi cuma.
Ada yang merasakan bahagia itu ialah
pabila kita mempunyai kekasih hati yang kononnya cantik/handsome dan
jujur menyintai kita seadanya.
Andai itu bahagia, mengapa masih meminta-minta?
Betapa ramai manusia2 yang punya
segala-galanya, namun masih merasakan dunia ini kosong tanpa warna.
Mereka masih mencari-cari rasa bahagia kesana kemari sedangkan bahagia
itu sudah ada pada mereka.
Aduh, bahagia itu universal sifatnya.
Bahagia itu bukan diukur dengan nilai wang atau harta berjuta,
sebaliknya bahagia itu punya definisi yang luas dan mendalam maksudnya.
Tunjukkan,
Bahagia itu, bagaimana??
Bahagia itu ialah perasaan yang tenang yang dirasai di setiap urat nadi.
Bahagia itu ialah rasa gembira sehinggakan manusia yang kaku emosinya mampu tersenyum semanis-manisnya.
Bahagia itu kadang kala dikecapi bukan
kerna perkara yang sebesar-besarnya, sebaliknya ia boleh terjadi kerna
perkara yang sekecil-kecil cuma.
Ada yang bahagia kerna punya kucing yang cumell dan manja cuma.
Ada yang bahagia kerna melihat pelangi yang penuh dengan warna2 ceria cuma.
Ada yang bahagia kerna dapat berlari di gigi pantai dan bermain-main dengan ombak cuma.
Ada yang bahagia kerna punya sahabat yang memahami cuma.
Bahagia itu mudah sebenarnya. Ikhlaskan
hati dalam segala tindak-tanduk dan bebaskan diri dari belenggu masalah
yang kadang-kala terlalu sedikit cuma.
Bila diperhatikan, manusia yang
selalunya meletakkan diri mereka di dalam kategori kurang berbahagia ini
sebenarnya adalah manusia yang tidak bersyukur.
Mereka2 ini terlalu banyak mempersoalkan tentang hakikat hidup ini. Belajarlah untuk bersyukur kerna dengan bersyukur itu, hati akan merasa bahagia. Insyaallah.
Artikel asal : AkuIslam.com
No comments:
Post a Comment