Ads 468x60px

Pages

Merawat Penyakit Hati

Setiap manusia tentu memiliki hati. Hati inilah yang mempengaruhi tabiat dan sifat seseorang. Apabila hati ini baik, maka manusia tersebut akan memiliki sifat yang terpuji. Namun jika hati yang dimiliki seorang manusia telah penuh dengan niat jahat, ini merugikan diri sendiri dan orang lain.

Mulianya seseorang tidak dilihat dari penampilan luarannya, melainkan dari hatinya. 
"Sesungguhnya, Allah tidak melihat rupa dan harta-harta kamu, tetapi melihat hati dan perbuatanmu." (HR Muslim).

Dalam riwayat lain, Ali bin Abi Thalib r a menceritakan bahwa Rasulullah bersabda,  
"Tiada satu hati pun kecuali memiliki awan seperti awan menutupi bulan. Walaupun bulan bercahaya, kerana hatinya ditutup oleh awan, ia menjadi gelap. Ketika awan itu berlalu, ia pun kembali bersinar." (HR Bukhari dan Muslim).

Hati yang hidup adalah hati yang penuh keimanan dan kepasrahan, hati yang penuh keyakinan terhadap Rubbubiyatullah, hati yang melihat Allah sebagai Pemilik kehidupan yang Maha Pengasih dan Maha Bijaksana.  Hati yang mampu menyelami hikmah dalam lubuk musibah, hati yang mampu teguh dalam kegoncangan hidup.

Penyakit hati.

Daripada penyakit hati inilah, timbulnya sifat mazmumah seperti hasad dengki, buruk sangka, pemarah, takbur, gila pujian, cintakan dunia, penakut dan juga sifat malas. Sifat ini harus dikikis, dirawat dan dibuang. Dalam rangka untuk menjadi hamba Allah SWT kita mestilah menguasai diri dan dapat mendidik diri sendiri


Beberapa perkara asas untuk merawat penyakit hati :

1. Selalu Mengingati Allah SWT
Rajin beristighfar dan  membaca al-Qur’an juga dapat menghindarkan kita dari penyakit hati.


Maksudya:
Aku minta ampun daripada Allah yang tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain daripadaNya, yang hidup dan yang menguruskan makhlukNya dan aku bertaubat kepadaNya.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
Demi Allah, sesungguhnya aku meminta ampun dan bertaubat kepadaNya setiap hari lebih dari 70 kali.

2. Perbanyakkan Selawat

Ø¥ِÙ†َّ اللَّÙ‡َ ÙˆَÙ…َÙ„َائِÙƒَتَÙ‡ُ ÙŠُصَÙ„ُّونَ عَÙ„َÙ‰ النَّبِÙŠِّ ÙŠَا Ø£َÙŠُّÙ‡َا الَّØ°ِينَ آمَÙ†ُوا صَÙ„ُّوا عَÙ„َÙŠْÙ‡ِ ÙˆَسَÙ„ِّÙ…ُوا تَسْÙ„ِيمًا
“Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat (memuji dan berdoa) ke atas Nabi (Muhammad SAW). Wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu ke atasnya serta ucapkanlah salam dengan penghormatan.”
(Surah Al-Ahzab, 33 :Ayat, 56)

 
Perkataan ‘Tib’ dalam selawat Syifa adalah kata nama yang membawa makna penawar atau ubat. Penyembuh menggunakan penawar untuk menyembuh penyakit. Maka sesungguhnya Selawat Syifa ini adalah Allah SWT sebagai Syafi (Penyembuh) menjadikan Berkah Nabi Muhammad SAW sebagai penawar kepada hati-hati.


3. Tidak Banyak Bercakap
Terlalu banyak bicara boleh membuat hati kita menjadi keras. Berbicaralah perkara yang tidak penting secukupnya dan hindari menjadi orang yang cakap besar, suka bergosip dan lain-lain.

4. Jaga Emosi dan Nafsu
Emosi dapat membuat hidup menjadi tidak tenang. Oleh  itu sebaik-baiknya kita perlu menjaga emosi kita agar tidak menjurus kepada penyakit hati.

5. Jangan Bergaul Dengan Orang Ada Penyakit Hati
Dengan berkawan dengan orang-orang yang penuh dengan penyakit hati,  kerana akan menjangkiti kita dengan penyakit – penyakit  itu sehingga kita akan semakin jauh dari Allah s.w.t.
 Hatilah tempat ketundukan, kepatuhan dan ketaatan.
Dan hatilah tempat taqwa bertapak dan bernaung. 

Tentang Persahabatan


 Apa yang kita alami demi teman kadang-kadang melelahkan dan menjengkelkan, tetapi itulah yang membuat persahabatan mempunyai nilai yang indah. 

 Persahabatan sering menyungguhkan beberapa cubaan, tetapi persahabatan sejati bisa mengatasi cubaan itu bahkan bertumbuh bersama kerananya. 

Persahabatan tidak terjalin secara kebetulan, tetapi memerlukan proses yang panjang seperti besi menajamkan besi, demikianlah sahabat menajamkan sahabatnya.

 Persahabatan diwarnai dengan berbagai pengalaman suka dan duka, dihibur -- disakiti, diperhatikan -- dikecewakan, didengar -- diabaikan, dibantu -- ditolak, namun semua ini tidak pernah sengaja dilakukan dengan tujuan kebencian. 

 Seorang sahabat tidak akan menyembunyikan kesalahan untuk menghindari perselisihan, justeru kerana kasihnya ia memberanikan diri menegur apa adanya. 

 Sahabat tidak pernah membungkus pukulan dengan ciuman, tetapi menyatakan apa yang amat menyakitkan dengan tujuan sahabatnya mahu berubah. 

 Kerinduannya adalah menjadi bahagian dari kehidupan sahabatnya, kerana tidak ada persahabatan yang diawali dengan sikap ego.

 Semua orang pasti memerlukan sahabat sejati, namun tidak semua orang berhasil mendapatkannya. Banyak pula orang yang telah menikmati indahnya persahabatan, namun ada juga yang begitu hancur kerana dikhianati sahabatnya.

 Mempunyai satu sahabat sejati lebih berharga dari seribu teman yang mementingkan diri sendiri. Proses dari teman menjadi sahabat memerlukan usaha pemeliharaan dari kesetiaan, tetapi bukan pada saat kita memerlukan bantuan barulah kita memiliki motivasi mencari perhatian, pertolongan dan pernyataaan kasih dari orang lain, tetapi ia berinisiatif memberikan dan mewujudkan apa yang diperlukan oleh sahabatnya.

Mengkhianati dan Dikhianati

Kebanyakan orang sekarang sanggup membiarkan diri berada dalam kezaliman. Kezaliman pada diri sendiri. Apabila sudah tiada perasaan kasih sayang pada diri, sudah pasti tidak akan ada kasih sayang pada orang lain. Perkara itulah yang membuatkan diri rasa seperti hendak menyakiti orang lain dengan mengkhianati mereka.

Fikir-fikirkanlah kembali adakah dengan berbuat begitu apa faedah yang kita akan dapat selain memuaskan nafsu jahat sendiri? Tiada jawapan untuk soalan sebegini kerana memang tiada jawapan. Hanya orang yang mengkhianati orang dapat menjawab soalan ini.

Jika bertanya kepada diri saya sendiri adakah saya pernah dikhianati, mustahil untuk saya katakan tidak. sememangnya pernah dikhianati tetapi apa yang saya buat untuk mengatasinya? Jika anda melalui perkara yang sama, boleh cuba tips berikut;
1) Jika sedih, lepaskan perasaan sedih itu dalam sehari. Selepas itu carilah bahan bacaan yang memotivasikan diri. Bahan bacaan yang terbaik ialah al-Quran. cuba dan buat!
2) Jika rasa pedih di hati. jumpa dengan orang yang mengkhianati kita, dan luahkan apa yang terpendam di hati. Lepaskan semuanya. (jangan melampaui batas)
3) Jika rasa dia masih menganggu anda boleh cuba keringkan hati dan abaikan dia, jangan sesekali beri PELUANG . Jangan sesekali! Jika beri peluang, tidak mustahil untuk disakiti lagi.
4) Kesan yang besar dalam hidup kita. Jangan paksa diri untuk melupakan orang tersebut, tetapi simpanlah dalam diari hidup supaya berhati-hati dengan orang seperti itu dan jadikan kisah sebagai pengajaran.
5) Jangan lupakan doakan orang tersebut. Pohonkan pada Allah, moga dilembutkan hatinya agar mudah menerima nasihat dan pandangan. Walaupun orang tersebut telah mengkhianati anda, doakan sahaja kebaikan untuknya. Ingat, sekalipun orang melakukan kejahatan kepada kita, balas la ia dengan kebaikan. Sesungguhnya kebaikan itu akan menghapuskann kejahatan.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud;
"Bertaqwalah kepada Allah walau di mana jua kamu berada, dan turutilah segala kejahatan yg kamu lakukan itu dengan kebaikan, nescaya ia akan menghilangkan kejahatan tersebut. Dan berakhlaklah kepada manusia dengan akhlak yg mulia."
(Hadis Riwayat At-Termizi dan Ahmad)


Nasihat untuk sesiapa sahaja yang pernah dikhianati, kunci utamanya ialah sabar dan cuba bertenang. Fikirkan apa yang anda miliki sekarang dan cuba bersyukur iaitu dengan memuji Allah atas apa jua yang berlaku.
Benar, jika syukur dengan apa yang kita ada hati akan rasa gembira dan tenang juga akan menyapa. Sabar untuk yang dikhianati. Sabar itu satu nikmat. Untuk capai nikmatnya kesabaran itu, sabarlah dulu.

Firman Allah yang bermaksud;
"Maka bersabarlah engkau (Muhammad) ata apa yang mereka katakan. Dan bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu sebelum matahari terbit dan sebelum terbena, dan bertasbihlah (pula) pada waktu tengah malam dan di ujung siang hari, agar engkau merasa tenang"
(Surah Taha ayat 130)
 Petikan asal : ILuvIslam

Mutiara Kata Inspirasi



Bila kita mengisi hati dengan penyesalan untuk masa lalu, Dan kekhuatiran untuk masa depan Maka kita tak memiliki hari ini untuk kita syukuri.

Fikiran yang terbuka dan mulut yang tertutup, Merupakan suatu kombinasi kebahagiaan.

Jika kita tidak bisa menjadi orang pandai, Jadilah orang yang baik.

Kenangan indah masa lalu hanya untuk dikenang, Bukan untuk diingat-ingat.

Rasa takut bukanlah untuk dinikmati, tetapi untuk dihadapi.

Bertemanlah dengan orang yang suka membela kebenaran. Kerana dialah hiasan dikala kita senang dan perisai diwaktu kita susah.

Kita tidak akan pernah memiliki seorang teman, Jika kita mengharapkan seseorang tanpa kesalahan.

Semua manusia itu baik kalau kita bisa melihat kebaikannya, Dan menyenangkan kalau kita bisa melihat keunikannya. Tapi semua manusia akan buruk dan membosankan, Jika kita tidak bisa melihat keduanya.

Manusia yang paling mulia adalah, Mereka yang merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi.

Mutiara Kata Renungan



Jika derita akan menjadi masa lalu pada akhirnya, mengapa mesti dijalani dengan sepedih rasa, Sedang ketegaran akan lebih indah dikenang nanti.

Jika kesedihan akan menjadi masa lalu pada akhirnya, mengapa tidak dinikmati saja, Sedang ratap tangis tak akan mengubah apa-apa.

Jika luka dan kecewa akan menjadi masa lalu pada akhirnya, mengapa mesti dibiarkan meracuni jiwa, Sedang ketabahan dan kesabaran adalah lebih utama.

Jika kebencian dan kemarahan akan menjadi masa lalu pada akhirnya, mengapa mesti diumbar sepuas jiwa, Sedang menahan diri adalah lebih berpahala.

Jika kesalahan akan menjadi masa lalu pada akhirnya, mengapa mesti tenggelam di dalamnya, Sedang taubat itu lebih utama.

Jika harta akan menjadi masa lalu pada akhirnya, mengapa mesti ingin dikukuhi sendiri, Sedang kedermawanan akan melipat gandakannya.

Jika kepandaian akan menjadi masa lalu pada akhirnya, mengapa mesti membusung dada dan membuat kerosakan di dunia, Sedang dengannya manusia diminta memimpin dunia agar sejahtera.

Jika cinta akan menjadi masa lalu pada akhirnya, mengapa mesti ingin memiliki dan selalu bersama, Sedang memberi akan lebih banyak menuai erti.

Jika bahagia akan menjadi masa lalu pada akhirnya, mengapa mesti dirasakan sendiri, Sedang berbagi akan membuatnya lebih bermakna.

Jika hidup akan menjadi masa lalu pada akhirnya, mengapa mesti diisi dengan kesia-siaan belaka, Sedang begitu banyak kebaikan bisa diciptakan.

Suatu hari nanti saat semua telah menjadi masa lalu, Aku ingin ada di antara mereka yang duduk diatas permaidani, Sambil bercengkerama dan bercerita tentang apa yang telah dilakukannya di masa lalu hingga mereka mendapatkan anugerah itu.



Cuma Setitik Noktah


ketahuilah,
bahawa aku hanya sang pemerhati.
disuatu sisi dari bumi.

bukan mentari yang menyinari,
bukan awan yang memayungi,
bukan hujan yang membasahi,
bukan pelangi yang mewarnai.
bukan bulan purnama yang menyuluh jalan,
bukan bintang yang menghiasi.
aku cuma insan kerdil yang berdiri diatas tanah.
dan itu pun atas izin pencipta-KU.
hanya insan.
yang mengagumi semua itu;
langit yang tetap mendamaikan
walau manusia membuat huru hara.
matahari yang tetap memancarkan cahaya,
walau manusia mengeji,
hujan yang datang bersama rahmat
walau manusia acap kali mengeluh.
awan yang damai dan memberi teduh,
pelangi yang indah,
bintang yang menyinari malam,
dan bulan yang menghiasi malam hari.

sedang aku,
aku hanya seorang manusia kecil
di bumi Tuhan yang sangat luas.
maka,
tiadalah hak walau sekelumit pun,
untuk aku berbesar diri.
berbangga,dan takbur,
sedang semua ciptaanNYA itu,
sentiasa membesarkan PENCIPTA mereka.
" cuma setitik noktah, di atas lembaran kertas yang sangat luas. "