Setiap
manusia tentu memiliki hati. Hati inilah yang mempengaruhi tabiat dan
sifat seseorang. Apabila hati ini baik, maka manusia tersebut akan
memiliki sifat yang terpuji. Namun jika hati yang dimiliki seorang
manusia telah penuh dengan niat jahat, ini merugikan diri sendiri dan
orang lain.
Mulianya seseorang tidak dilihat dari penampilan luarannya, melainkan dari hatinya.
"Sesungguhnya, Allah tidak melihat rupa dan harta-harta kamu, tetapi melihat hati dan perbuatanmu." (HR Muslim).
Dalam riwayat lain, Ali bin Abi Thalib r a menceritakan bahwa Rasulullah bersabda,
"Tiada
satu hati pun kecuali memiliki awan seperti awan menutupi bulan.
Walaupun bulan bercahaya, kerana hatinya ditutup oleh awan, ia menjadi
gelap. Ketika awan itu berlalu, ia pun kembali bersinar." (HR Bukhari
dan Muslim).
Hati yang
hidup adalah hati yang penuh keimanan dan kepasrahan, hati yang penuh
keyakinan terhadap Rubbubiyatullah, hati yang melihat Allah sebagai
Pemilik kehidupan yang Maha Pengasih dan Maha Bijaksana. Hati yang
mampu menyelami hikmah dalam lubuk musibah, hati yang mampu teguh dalam
kegoncangan hidup.
Penyakit hati.
Daripada penyakit hati inilah, timbulnya sifat mazmumah seperti hasad dengki,
buruk sangka, pemarah, takbur, gila pujian, cintakan dunia, penakut dan
juga sifat malas. Sifat ini harus dikikis, dirawat dan dibuang.
Dalam rangka untuk menjadi hamba Allah SWT kita mestilah menguasai diri
dan dapat mendidik diri sendiri
Beberapa perkara asas untuk merawat penyakit hati :
1. Selalu Mengingati Allah SWT
Rajin beristighfar dan membaca al-Qur’an juga dapat
menghindarkan kita dari penyakit hati.
Aku minta ampun daripada Allah yang tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain daripadaNya, yang hidup dan yang menguruskan makhlukNya dan aku bertaubat kepadaNya.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
Demi Allah, sesungguhnya aku meminta ampun dan bertaubat kepadaNya setiap hari lebih dari 70 kali.
2. Perbanyakkan Selawat
Perkataan ‘Tib’ dalam selawat Syifa adalah kata nama yang membawa makna penawar atau ubat. Penyembuh menggunakan penawar untuk menyembuh penyakit. Maka sesungguhnya Selawat Syifa ini adalah Allah SWT sebagai Syafi (Penyembuh) menjadikan Berkah Nabi Muhammad SAW sebagai penawar kepada hati-hati.
3. Tidak Banyak Bercakap
Terlalu
banyak bicara boleh membuat hati kita menjadi keras. Berbicaralah
perkara yang tidak penting secukupnya dan hindari menjadi orang yang
cakap besar, suka bergosip dan lain-lain.
4. Jaga Emosi dan Nafsu
Emosi
dapat membuat hidup menjadi tidak tenang. Oleh itu sebaik-baiknya kita
perlu menjaga emosi kita agar tidak menjurus kepada penyakit hati.
Dengan
berkawan dengan orang-orang yang penuh dengan penyakit hati, kerana
akan menjangkiti kita dengan penyakit – penyakit itu sehingga kita akan
semakin jauh dari Allah s.w.t.
Hatilah tempat ketundukan, kepatuhan dan ketaatan.
Dan hatilah tempat taqwa bertapak dan bernaung.