Ads 468x60px

Pages

Lihatlah dia, dan lepaskanlah kebencian kamu

“Kemaafan, ia umpama hembusan angin yang mendamaikan hati dan ibarat curahan air yang mengalir dingin menyejukan jiwa yang bergelora dengan bara kemarahan.”
Mari kita cakap pasal memaafkan orang lain lebih sikit. Saya sukalah pula bab ini. Untuk pujuk-pujuk diri juga. Merawat hati yang berlubang ini.Baca sampai habis baru tahu segalanya.
Hari ini, saya sekadar hendak memberikan contoh terbaik di dalam hal ini.
Lihatlah dia.
Dan lepaskanlah kemarahan kamu.
Dia - Rasulullah SAW. Lihatlah.
Siapa yang tidak kenal akan Abu Jahal dan sengeketanya terhadap Rasulullah SAW. Abu Jahal pernah mencampak perut unta pada tengkuk baginda saat Rasulullah SAW sedang sujud di sekitar Ka’bah. Hingga Fatimah RH menangis melihat keadaan Rasulullah SAW.
Tetapi Rasulullah SAW pada suatu hari, pernah berdoa kepada Allah SWT:
“Ya Allah, kuatkanlah Islam dengan islamnya salah satu dari kedua hambaMu ini, Umar Al-Khattab dan Amru ibn Hisyam(nama sebenar Abu Jahal)”
Mengapa masih didoakan Abu Jahal?
Siapa yang tidak tahu akan tindakan Kaum Taif kepada Rasulullah SAW. Hingga pecah kaki baginda berdarah dibaling batu tanpa belas kasihan oleh penduduk tempat itu.
Tetapi apakah yang Rasulullah buat ketika peluang menghapuskan kaum itu tiba?
“Jangan. Moga-moga dari tulang sulbi mereka nanti, akan muncul manusia-manusia yang beriman kepada Allah SWT.”
Mengapa masih didoakan mereka dengan kebaikan?
Ketika kepala baginda dihentam batu saat kaum musyrikin Makkah bersungguh-sungguh menyambar peluang untuk membunuh baginda di medan Uhud, hingga menyebabkan darah baginda tumpah mengalir.
Tetapi apakah yang baginda sebutkan pada saat yang menyakitkan itu?
“Ya Allah, ampunilah ummatku ini, sesungguhnya mereka itu tidak mengetahui.”
Satu hari, Thufail bin Amr RA datang kepada Rasulullah SAW dan memberitahu bahawa kaumnya, Bani Daus tidak mahu beriman kepada Rasulullah SAW walaupun sudah sekitar 3-4 tahun di dakwah.
Tetapi apakah yang baginda sebutkan?
Baginda mengangkat kedua tangan baginda dan berdoa: “Allahumahdi dausan. Allahumahdi dausan.” bermaksud: Ya Allah, berikanlah hidayah kepada Bani Daus, ya Allah, berikanlah hidayah kepada Bani Daus.
Pada suatu hari, jiran baginda, seorang yahudi yang keras membenci baginda, menabur duri pada jalan baginda, kuat menghina baginda, jatuh sakit.
Apakah yang baginda lakukan? Adakah baginda bergembira dengan penderitaannya?
Baginda berizarah, bahkan membantu mempermudahkan urusan yahudi tersebut.
Abdullah ibn Ubai ibn Salul, kepala munafiq, yang sering memfitnah baginda, membenci baginda, menikam belakang tubuh baginda(khianat) dan amat keras permusuhannya dengan baginda serta sering menyukarkan baginda.
Orang ini, pada hari kematiannya, apakah yang Rasulullah SAW lakukan?
Baginda mendoakannya. Hingga Allah menegur Rasulullah SAW dan menyatakan bahawa kalau Rasulullah SAW mendoakan Abdullah ibn Ubai ibn Salul ini 70 kali sekalipun, tetap Abdullah ibn Ubai ibn Salul ini tempatnya di neraka.
Apakah yang Rasulullah SAW lakukan apabila mendengar teguran itu?
“Maka aku akan mendoakannya lebih dari 70 kali.”
Hingga Allah menegur baginda sekali lagi, dengan tegas menyatakan, berapa banyak kali pun doa baginda, Abdullah ibn Ubai ibn Salul tetap di neraka.
Saat baginda berjaya menawan Makkah, kembali kepada mereka yang selama ini mneyeksa baginda, berada di atas mereka yang selama ini memerangi baginda, semua yang ada di Makkah risau dengan apakah keputusan Rasulullah SAW terhadap mereka kerana teringat segala kesalahan mereka kepada Rasulullah SAW.
Tetapi apakah yang baginda lakukan saat itu?
“Sesungguhnya pada hari ini, kamu semua tidak akan diapa-apakan. Aku ampunkan kalian.”
Bagaimanakah kamu wahai yang mengakui dirinya cinta kepada Rasulullah?
Bagaimanakah kita wahai orang-orang yang mengakui bahawa dirinya mencintai Rasulullah SAW?
Tidakkah kita melihat apakah yang ditunjukkan oleh baginda?
Memang. Sedih dan bengang, marah dan kecewa bukan benda yang senang kita lupakan. Bukan mudah untuk kita hilangkan.
Tetapi kita mulakan dengan step pertama.
Memaafkan. Memaafkan dengan dada yang lapang.
InsyaAllah yang lain akan datang kemudian. Kelapangan hati, ketenangan jiwa, kesegaran roh, akan hadir kepada kita insyaAllah. Pasti.
“Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah-lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Karena itu maafkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka…” Surah Ali-Imran ayat 159.
Cukuplah segala kebencian ini, sengketa ini. Jadilah orang yang memulakan kebaikan.
Dia tikam kamu. Kamu tikam dia semula. Dia tikam kamu lagi. Kamu balas balik. Kawan kamu marah dia tikam kamu. Kawan dia pula marah bila tengok kamu tikam dia balik. Kawan dia tikam kamu. Kawan kamu tikam dia. Kawan dia tikam kawan kamu. Kawan kamu tikam kawan dia.
Siapa yang suka benda ini?
Cukuplah semua ini. Tidakkah kita merasakan ‘kehitaman’ jiwa kita di dalam hal ini?
Janganlah. Biarlah orang lain tidak peduli dengan kehitaman jiwa mereka. Biarlah orang lain tidak peduli dengan ‘dosa-dosa’ seperti menghina, memfitnah, buat spekulasi yang bukan-bukan, mengumpat dan sebagainya. Biarlah dan biarlah. Tetapi kita tidak sekali demikian. Jangan jadi demikian.
Mengapa melemparkan diri sendiri ke neraka?
Tidakkah kita ini manusia-manusia yang inginkan keredhaan Allah dan mempercayai janji-janjiNya?
Penutup: Lapangkanlah jiwa. Tenangkanlah hati.
Kunci kelapangan jiwa dan ketenangan hati adalah di dalam roh kita ini tiada kebencian terhadap orang lain. Dan ia adalah salah satu dari kunci-kunci syurga.
Pada suatu hari, Rasulullah SAW bersama sahabat-sahabatnya sedang duduk bersama. Tiba-tiba baginda bersabda: “Akan datang selepas ini seorang ahli syurga.” Maka muncul lah fulan bin fulan. Keesokannya juga sama, Rasulullah bersabda perkara yang sama, dan muncul fulan bin fulan yang sama. Keesokannya lagi juga sama. Rasulullah SAW bersabda perkara yang sama, dan muncul fulan bin fulan yang sama.
Akhirnya seorang sahabat Rasulullah pergi berziarah ke rumah lelaki itu, dan tidur di rumahnya untuk menyiasat apakah amalannya. Selama tiga hari, sahabat Rasulullah itu tidak menjumpai apa-apa ibadah yang hebat, yang besar,yang menarik. Akhirnya dia menyatakan hajat sebenarnya tidur di rumah lelaki itu.
Lelaki itu menjawab: “Ibadahku adalah sebagaimana yang kau lihat. Tiada yang menakjubkan. Biasa-biasa sahaja.”
Sambung lelaki itu: “Tetapi di dalam hatiku tidak ada sangka buruk, rasa benci, kepada saudara-saudara mukminku.”
Tidakkah kita memerhatikan?
Lepaskanlah kebencian, kesakitan hati, kemarahan diri.
Maafkanlah.
Maafkanlah.
Lapangkanlah jiwa, tenangkanlah hati.




Koleksi Mutiara kata




JIKA ANDA BERMUSUHAN DENGAN SAHABAT ANDA BERSIAPLAH UNTUK
MENGALAH DEMI PERSAHABATAN KALIAN.
Tanda Orang Bijaksana Ialah Hatinya Selalu Berniat Suci; Lidahnya Selalu Basah Dengan Zikrullah; Matanya Menangis Kerana Penyesalan (Terhadap Dosa); Sabar Terhadap Perkara
Yang Dihadapi Dan Mengutamakan Akhirat Berbanding Dunia.
" USAH DITURUTI REAKSI EMOSI, LANTARAN IMPLIKASI TAK SERASI DENGAN
APA YANG DIIMAGINASI "

* Mimpi tidak akan menjadi kenyataan jika kita asyik tidur.
* Orang yang bijak mempelajari banyak perkara daripada musuhnya sendiri.
* Terdapat banyak kemungkinan untuk gagal kerana kejayaan hanya boleh dicapai dengan satu perkara iaitu USAHA.
* Ketika ditimpa bencana, kita akan mengenali yang mana satu lawan & yang   mana satu kawan.
* Pemimpin yang baik akan memikul kesalahan & tidak mengejar nama.
* Rumah tanpa buku umpama bilik tanpa tingkap.
* Kebocoran yang kecil masih boleh menenggelamkan sebuah kapal yang besar.
* Tiada hadiah yang lebih berharga daripada nasihat yang baik.
* Nyanyian ibu untuk menidurkan anaknya ketika kecil adalah suara yang paling merdu di dunia.
* Tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana.
* Berdoa dan meminta bukannya perkara yang sama.
* Kegagalan adalah permulaan kepada kejayaan.

"Jika AL-QURAN Bisa Berbicara"




Andai AL-QURAN  bisa bicara, ia akan berkata:
Waktu kau masih anak-anak,kau bagai teman sejatiku.
dengan WUDHU kau sentuh aku,
dalam keadaan SUCI kau pegang aku,
kau baca dengan SUARA yang amat merdu,
sekarang kau telah dewasa,
nampaknya kau sudah tidak lagi berminat padaku,
APAKAH AKU BACAAN USANG YANG TINGGAL SEJARAH???
sekarang kau simpan aku dengan rapi,
kau biarkan aku sendiri,
aku jadi kusam dalam almari,
berlapis debu dimakan kutu,
aku mohon panggillah aku lagi,
bacalah aku setiap hari,
kerana aku akan jadi PENERANG DALAM KUBURMU.
Tidakkah kau tahu kelebihan al-Quran.
Artikel Kelebihan Al-Quran
klik imej di bawah untuk membacaArtikel Kelebihan Al-Quran

 

Berharap Kepada Yang Tak Punya

Salam dan selamat sejahtera,
Berharap?????

"Untuk apa kita mengharap pada seseorang yang tidak tahu mengharap kepada Tuhan?
Pengharapan adalah sesuatu yang dapat memberikan kekuatan.
Walaupun kita berada dalam suatu kesusahan yang sangat berat, pengharapan akan memberikan kesegaran kepada iman untuk sentiasa bertahan.
Kita percaya bahawa masih ada jalan keluar kepada permasalahan.
Kita percaya bahawa pasti ada pertolongan.
Namun, pada siapa harus kita berikan pengharapanAllah tersebut? Adakah pada makhluk seperti kita yang juga tak punya untuk memberi?
Atau pada Tuhan yang sentiasa menanti untuk diseru nama-Nya pagi dan petang? Bahkan Dialah yang memenuhi segala permintaan.
Seringkali kita meletakkan harapan yang tinggi kepada manusia untuk dipenuhi.
Padahal orang yang kita harapkan tersebut tak berdaya untuk memenuhi harapan dirinya sendiri.
Adalah lebih bahaya kalau orang yang kita harapkan sebenarnya tak pernah mengharap kepada Tuhan sekalian alam.
Dia menggantungkan kepercayaan kepada dirinya semata-mata tanpa sedikitpun merasa terikat dengan ketentuan Allah.
Jika orang sebegini yang kita harapkan, adakah dia akan membawa kita mendekati Tuhan?
Harapan tak tertunai, bahkan Iman terungkai-rungkai ikatannya.
"Jangan risau, kalau aku ada, mesti ok punya semua benda.
Hanya aku seorang yang boleh diharapkan"
Kata-kata sombong apakah itu? Seolah-olah dirinya adalah Tuhan yang menentukan segala keadaan.
Tanpa dia, mungkin keadaan menjadi kurang baik. Namun, dengan dia, adakah keadaan semestinya baik tanpa izin Tuhan?
Jika ada orang yang kita harapkan mengatakan begitu, berhati-hatilah, boleh jadi kita sedang mengharap pada yang tidak tahu mengharap kepada Tuhan.
Bukan tidak boleh kita percaya diri, meletakkan harapan kepada manusia.
Namun, cukuplah harapan itu setakat yang patut.
Jangan sampai harapan itu melangkaui harapan tertinggi yang seharusnya diberikan kepada Allah mutlak.
Tak ada gunanya mengharap kepada seseorang yang tidak tahu mengharap kepada Tuhan, kerana kelak kita akan disesatkannya.
Pengabdian kita kepada Allah akan tercalar.
Berharaplah kepada manusia untuk berbuat sekadar kemampuannya, namun keizinan untuk sesuatu itu terjadi tetap harus dikembalikan urusannya kepada Allah.
Pengharapan yang tidak patut kepada manusia selalu terjadi tanpa kita sedari. Pengharapan yang tidak langsung diikat dengan pengharapan kepada Allah.
Contohnya, selalu kita terlalu mengharap manusia memberikan cinta kepada kita sedangkan Allah yang menumbuhkan cinta dalam hatinya.
Kenapa tidak berdoa sahaja kepada Allah agar mengurniakan rasa cinta tersebut?
Walaupun pengharapan tidak memansuhkan ikhtiar, namun pengharapan yang tepat akan menjadikan ikhtiar kita lebih berkat.
"Ya Allah, Engkau berikanlah kekuatan kepada dia untuk melaksanakan tugas yang aku berikan"
Itulah bentuk pengharapan yang lebih baik. Tidak ada daya dan upaya melainkan dengan izin-Nya.
Tuntasnya, hubungan berbentuk horizontal yang tidak diikat dengan hubungan vertical akan menimbulkan kecelaruan dan kegoyahan.
Horizontal saya maksudkan sebagai hubungan sesama manusia, vertical sebagai hubungan dengan pencipta.
Hubungan horizontal yang tidak ada ikatan vertical adalah ibarat sebuah kipas syiling yang berpusing tanpa tergantung pada syiling, putarannya bukan menyejukkan, tapi menghancurkan.
Jauhkanlah diri kita daripada berharap secara keterlaluan kepada manusia sehingga langsung melupakan pengharapan kepada Allah.
Lebih parah kalau manusia yang kita harapkan itu memang tak pernah mengharap kepada Tuhan.
Manusia terbatas kemampuannya sedangkan Allah tak ada istilah tidak mampu bagi-Nya.
Apabila Dia mengatakan jadi, maka jadi.
"Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain. dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap." - Al-Insyirah: 7-8
Wallahua'lam.
sumber:www.iluvislam.com

Telefon Secara Percuma Menggunakan PC anda

Salam dan selamat sejahtera,

CALL FREE?
Mesti anda semua tak percaya,tetapi memang benda nie free 100%. Column payment yang ada dekat flekx itu cuma berapa banyak bayaran yang kita jimat bila kita telefon  nombor-nombor yang telah kita telefon.Pening dan tak faham? dah cuba flekx nie baru tahu.

klik untuk daftar kat sini.Daftar Flekx

Daftar macam biasa.Selepas itu, muat turun software flekx nie. Dekat PORTSIP
Download yang PortGo Softphone Lite  for Windows Desktop (Free).
Selepas download dan register,
Buka email anda dan masukkan maklumat yang anda dapat di dalam email ke dalam sotware yang anda download.


Selamat mencuba…

Bersabarlah Duhai Hati

Kehidupan ini adalah permainan dalam pelbagai adegan yang mencabar dan penuh dugaan serta ujian Allah. Sesungguhnya segala dugaan bertujuan menguji kesabaran dan tahap keimanan seseorang hamba.Apabila terujinya seseorang hamba, maka segala mehnah dari-Nya itu adalah sebagai penghapus dosa yang menggantikan hukuman di akhirat kelak.
Kadangkala apabila diuji, kita merasa cukup kuat dan kental jiwa untuk menempuh segala dugaan yang mendatang, namun ada masanya pula kita cukup lemah dan merasa hampir rebah dalam perjuangan meniti kehidupan.
Ada kalanya kita berupaya melepasi ujian itu, namun ada kalanya juga kita merasakan tidak berupaya menghadapinya lantas merungut dengan apa yang berlaku.
Sesungguhnya tidak kita nafikan, ada ketika kita tidak mampu mengelak daripada menghadapi tekanan dalam menjalani kehidupan. Pelbagai tekanan dihadapi menyebabkan kita hilang semangat dalam menempuh cabaran dan dugaan yang datang silih berganti atau secara bertimpa-timpa.
Lihatlah betapa lemah dan kerdilnya kita, begitu cepat hilang pergantungan sedangkan Allah SWT sedang menduga.

Ujian yang dihadapi oleh manusia di dunia ini adalah dalam dua bentuk iaitu sama ada kesusahan atau kesenangan. Kedua-dua ujian itu benar-benar menguji kita sebagai hambanya.
Ingatlah bahawa kehidupan di dunia yang meliputi kemewahan dengan segala pangkat kebesaran dan kesenangan itu adalah sekadar ujian. Sesungguhnya hanya bagi mereka yang terpedaya yang akan hanyut dengan ujian ini.
Sedangkan dugaan kesusahan dan kesengsaraan di dunia pula, kadangkala membuatkan kita rasa lemah dan putus asa. Kadangkala kita seringkali mengeluh dengan apa yang ditetapkan untuk kita, dan seringkali jua kita persoalkan itu dan ini tentang takdir yang telah tertulis oleh-Nya. Apakah dengan penerimaan sebegini kita fikir kita cukup redha dengan ketentuan-Nya? Kadangkala pula kita seringkali merumuskan itu dan ini tentang ketetapan-Nya.
'Jikalau dugaan ini tiada, sudah tentu aku begini...'
'Jikalau ini tidak terjadi sudah tentu aku begitu.... '
Apakah kita fikir kita lebih tahu dari Dia yang menciptakan kita? Dan apakah kita fikir kita sebenarnya lebih tahu apa yang terbaik untuk kita?
Subhanallah. Maha suci Allah!
Sudah tentu kita hamba yang kerdil ini tidak tahu apa-apa berbanding Dia yang Maha Sempurna. Namun tanpa kita sedari segala persoalan yang timbul dibenak kita sebenarnya telahpun terjawab dalam Kalam Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan sesuatu, maka Dia juga Maha Mengetahui persoalan yang bakal timbul di fikiran hambaNya. Maka Dia lebih dahulu menjawab persoalan itu dalam ayat-ayat-Nya.
Inilah jawapan Allah tehadap persoalan yang kadangkala timbul dalam hidup kita.
Kenapa semua ini terjadi padaku?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah : 216)
Kenapa terlalu berat ujian ini?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan Kesanggupannya." (Al-Baqarah : 286)
Terasa kehidupan ini sudah tiada maknanya lagi bagiku.
Mengapa?
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." (Ali Imraan : 139)
"... ..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." (Yusuf : 87)
Bagaimana harus ku hadapi semua ini?
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk." (Al-Baqarah : 45)
Apa yang akan kudapat daripada semua ini?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.." (At-Taubah : 111)
Kepada siapa harus aku berharap?
"Cukuplah ! Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." (At-Taubah : 129)
Berimankah aku?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta?" (Al-Ankabut : 2-3)
Renungi dan redhalah terhadap ketentuan Allah SWT. Pasti tersingkap hikmah yang tersembunyi di sebalik setiap ujian-Nya. Bersabarlah duhai hati. Moga kita menjadi hamba yang redha dan diredhai-Nya.

sumber: http://www.iluvislam.com/

:::PETUA IMAM SYAFIE:::




  • Empat perkara menguatkan badan

1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas




  • Empat perkara melemahkan badan

1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

  • Empat perkara menajamkan mata

1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

  • Empat perkara merosakkan mata

1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

  • Empat perkara menajamkan fikiran

1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

  • 4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABITidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit danbumi.
2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAHMiring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solatmalam.
3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBAMiring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyakdimakan.
4. TIDUR SYAITANMenelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

* Kalau ada kesudian .. Tolong sebarkan maklumat ini kepada saudara Muslim - Muslimat yang lain agar menjadi amalan kepada kita semua. Ilmu  yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yangmengajarnya meskipun dia sudah mati.
Sumber:Facebook 'Islam Itu Agamaku'


Video yang sangat menarik

Salam dan selamat sejahtera,

lepas tonton video nie,pastu terus terfikir macam mana diorang boleh berdisiplin walaupun di sekeliling mereka penuh ngan ngangguan.Memang amazing...


Frozen Grand Central Flashmob from isra on Vimeo.


Disiplin diri adalah sebuah cara untuk membuat impian anda menjadi kenyataan. Disiplin diri juga adalah cara untuk mengubah kelemahan anda menjadi kekuatan. Tanpa disiplin, sekalipun anda tahu apa yang anda inginkan - anda tidak boleh mencapainya. Tanpa disiplin, sekalipun anda tahu apa yang TIDAK anda inginkan, anda tidak mampu menghindarinya.

Disiplin diri adalah penting dalam mengisi hidup. Memang diperlukan usaha, kemahuan, dan juga pengorbanan - tapi ingat semua itu bukan hukuman. Melainkan jambatan bagi anda untuk mencapai kemungkinan tertinggi dan terbaik.

Bagaimana membuat diri kita disiplin? Anda sudah memiliki segala yang diperlukan. Tidak lebih dari mengendalikan tindakan anda sendiri, dan anda sudah belajar ini sejak kecil. Untuk mendisiplinkan diri, kita harus memutuskan untuk melakukan hal itu. Disiplin diri bisa anda miliki dan gunakan saat anda siap untuk menghidupkan impian anda.

simple things should be simple,Complex things should be possible 

wallahualam
sekian..

My survey


salam dan selamat sejahtera,
di harapkan sahabat-sahabat sekalian dapat menjawab dengan jujur.