Ads 468x60px

Pages

.:Nabi Muhammad SAW : Tokoh segala tokoh yang pernah wujud:.


Jika,mereka berkata kepada dunia…
Kalau mereka kata Mahatma Gandhi itu tokoh berjiwa rakyat
Kalau mereka kata Abraham Lincoln itu tokoh demokrasi
Kalau mereka kata Nelson Mandela itu pejuang hak asasi menentang diskriminasi kaum
Kalau mereka kata Sun Tzu itu strategis seni peperangan
Kalau mereka kata Mother Teresa itu ikon kemanusiaan yang penuh kasih sayang
Kalau mereka kata Albert Einstein itu genius sains yang tidak terlawan
Kalau mereka kata Martin Luther King itu ikon impian Amerika
Kalau mereka kata Gengis Khan itu panglima tentera yang hebat
Kalau mereka kata Salahuddin Al-Ayyubi itu jeneral yang disegani kawan dan lawan
Kalau mereka kata Willian Shakepears itu sasterawan yang ulung
Kalau mereka kata Plato itu ahli falsafah yang hebat
Kalau mereka kata Khalid al-Walid itu panglima yang tidak tidur dan tidak membiarkan musuhnya tidur
Kalau mereka kata Zhu Ge Liang itu arkitek peperangan yang tidak dapat diduga
Kalau mereka kata Michael Jackson itu ikon paling popular dan disayangi pada zamannya
Kalau mereka kata Al Gore itu aktivis keamanan global
Kalau mereka kata Immanuel Kant itu pelopor revolusi pencerahan Eropah
Kalau mereka kata Che Guavara itu anak muda pembawa obor perubahan
Kalau mereka kata Imam Khomeini itu ikon revolusi Islam
Kalau mereka kata Confucius itu genius falsafah China
Kalau mereka kata Mao Zedong itu ahli politik yang handal

Walau mereka menyenarai ratusan. ribuan malah jutaan tokoh yang ada di dunia
Maka ketahuilah kesemua kualiti yang ada pada tokoh-tokoh itu terkumpul pada seorang manusia.
Maka ketahuilah manusia itu bernama:

Muhammad bin Abdullah (selawat dan salam ke atas Baginda)

“Sesungguhnya telah ada bagi kamu pada diri RasuluLLAH itu contoh ikutan yang paling baik” (Al-Quran, Surah Al-Ahzab : 21)
 


Halaqah Sentuhan Qalbu Bhgn 1


Halaqah Sentuhan Qalbu Bhgn 2


Halaqah Sentuhan Qalbu Bhgn 3


Ya, Rasulullah merupakan 'ikon' utama dalam kehidupan kita. Ikon yang akan menjadi pimpinan hidup kita. Tanpa baginda kita tak mungkin mengenali al-Qur'an dan al-Hadith.

Oleh itu, sama-samalah kita menghayati dan menghidupkan al-Qur'an dan al-Hadith sebagai jalan hidup kita. Wassalam 

.:Orang yang Cerdik ialah Orang yang Dapat Menakluki Dirinya:.

Salam dan selamat sejahtera,


 Kadang-kadang kita mudah terpedaya dengan kemewahan dan tarikan duniawi sehinggakan kita terlupa tentang persinggahan yang seterusnya iaitu alam akhirat yang semestinya pasti. Kata-kata Abu Darda’ mungkin boleh menginsafkan kita tentang matlamat kita sebenarnya. Abu Darda’ r.a. berkata:
“Ada tiga hal yang membuat aku tertawa dan tiga hal yang membuat aku menangis. Aku tertawa melihat orang yang terlalu mengejar dunia padahal dia dikejar kematian, orang yang lalai padahal dia tidak pernah dilalaikan, dan orang yang tertawa dengan makanan penuh dimulutnya sedang dia tidak mengetahui samada Allah meredhainya atau memurkainya”. Adapun orang yang membuat aku menangis ialah saat berpisah dengan kekasih Allah iaitu Muhammad s.a.w dan para pengikutnya, dan aku bersedih memikirkan betapa dahsyatnya permulaan kematian ketika menghadapi sakaratul maut dan bagaimana keadaanku ketika berdiri dihadapan Allah pada saat perbuatan yang selama ini tersembunyi dipertontonkan  lalu aku tidak tahu apakah ke Syurga atau ke Neraka.”
Walau bagaimanapun terdapat beberapa amalan yang dapat meringankan kesakitan semasa  menghadapi ajal. Antaranya amalan taubat yang diamalkan oleh hamba dapat meringankan  siksa disaat kematiannya. Jika dia masih mempunyai dosa yang memerlukan kepada taubat bererti ia masih lagi belum bersiap sedia menemui Tuhannya.
Firman Allah:
           “Hai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taubat, mudah-mudahan Allah menghapuskan kesalahanmu dan memasukkan kamu kedalam syurga yang mengalir air sungai dibawahnya”.   [al-Tahrim: 8]
Lagi firman Allah:
“Dan orang-orang yang melakukan perbuatan keji atau menzalimi diri sendiri mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun atas dosa-dosa mereka. Dan tiada siapa yang mengampuni dosa melainkan Allah dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya, sedang mereka mengetahuinya”.  [Al-Imran: 135]
Menyedari hal yang dinyatakan dalam ayat ini, maka bersegeralah bertaubat kerana kematian akan menjemput pada bila-bila masa sahaja. Sayidina Ali k.w. pernah menjelaskan dengan katanya:
Taubat adalah kata-kata yang mempunyai enam erti:
1. Taubat atas dosa-dosa yang telah lalu adalah dengan menyesal.
2. Taubat atas melakukan kewajipan-kewajipan secara serampangan adalah mengulangi
3. Taubat atas mengambil hak orang lain secara zalim adalah dengan mengembalikan kepada pemiliknya
4. Membiasakan diri melakukan ketaatan sebagaimana sebelumnya terbiasa melakukan kemaksiatan
5. Membuat nafsu merasakan pahitnya taat sebagaimana sebelumnya merasa manisnya maksiat.
6. Menghiasi diri dengan taat kepada Allah sebagaimana sebelumnya menghiasi diri dengan maksiat  kepada-Nya serta menangis sebagai ganti setiap ketawa yang kamu lakukan.

Sebenarnya, kematian  tidak pernah mengenal batas usia dan waktu. Hal itu agar sesiapapun selalu berwaspada dan bersiap-siap menghadapinya. Sabda nabi s.a.w:
               “Orang yang cerdik ialah orang yang berjaya menakluki dirinya”
Ertinya dalam hadith di atas menceritakan kepada kita bahawa orang yang cerdik ialah orang yang mampu menakluki dirinya sendiri sehingga mahu beribadah kepada Allah sebagai bekalan mempersiapkan dirinya untuk menjalani kehidupan setelah mati dan bertemu Allah s.w.t.

Sumber:satu perkongsian ilmu daripada drhasanah.com
 

::Tahniah untuk kalian::


Salam dan selamat sejahtera,


Hari ini 11 November 2010 hari keramat untuk pelajar darjah 6.Sahaja nak ucapkan tahniah kepada Nana(adikku) dan Ahmad(adik saudaraku) kerana memperoleh 5A.Syukur Alhamdulillah.Tapi ingat ini bukan segala-galanya.Kejayaan ini merupakan satu  titik permulaan dan perjalanan untuk di tempuhi masih jauh dan berliku.

Kepada yang gagal atau tak mencapai target,jangan bersedih sebab sesuatu yang terjadi mempunyai hikmah.

""""  Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari, DIA datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Allah hendak memberi kita pelangi"

p/s: Jangan kita lupa, bahawa dalam kehidupan kita ini,ada satu pohon hati yang perlu kita bangunkan,tumbangnya pohon itu,maka ranaplah kehidupan kita..Mudah-mudahan, kita diredhai Allah,semoga Allah mengampuni kita semua..amin..

.: Anda Semakin Matang Bila... :.


Anda dapat bertenang dan bersabar seandainya hajat anda tidak tercapai.
Anda mampu menyembunyikan perasaan anda yang luka dan tersinggung oleh seseorang dalam kumpulan dan berlaku sebagai biasa.
Anda tidak merasa iri hati bila melihat orang lain dipuji dan disanjung.
Anda dapat menghadapi kebencian orang yang anda benar-benar merasa tidak sewajar dengan mereka.
Anda mampu menguasai nafsu gelojoh walaupun anda ingin mendapat perkara yang anda fikir boleh dapat.
Anda dapat menahan rasa sakit hati dan malu seandainya anda tidak dapat hidup setaraf dengan rakan sejawat anda yang lain.
Anda terus berlaku adil dan saksama walaupun suasana sekeliling menghalang maksud anda.

Anda dapat menerima kritik atau salah faham orang tanpa memperbesar-besarkannya.
Anda memandang jauh kedepan, umpamanya dengan sabar menangung kesusahan demi kepentingan masa depan, tanpa merasa resah, bimbang dan ragu.
Anda memberi persetujuan kepada pendapat- pendapat yang anda tidak setujui dalam perdebatan tanpa merasa sakit hati atau tidak senang.
Anda berbahagia bersendirian dengan mempunyai satu kegemaran atau hobi yang benar-benar anda minati.
Anda mengaku dengan jujur tidak tahu bila anda betul-betul tidak tahu, tanpa merasa malu.
Anda menghadapi orang-orang tua atau orang- orang yang lebih berpengaruh tanpa sentiasa berusaha untuk menimbulkan kesan-kesan negatif.
Anda akan cuba melakukan sesuatu dengan sederhana bukannya berlebih-lebihan untuk menunjukkan bahawa anda dapat melakukannya dengan lebih sempurna.
Anda dapat mendahulukan kepentingan orang lain walaupun anda tidak merasa senang kerananya.
Anda boleh berlaku wajar dan saksama terhadap orang-orang yang tidak anda sukai.
Anda dapat mengujudkan rasa kasih-sayang, cinta atau boleh bersahabat tanpa mendapat tempat yang utama dalam hidup mereka.
Sekiranya anda lelaki, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan wanita tanpa berfikir bahawa anda adalah lelaki yang jadi idaman setiap wanita.
Sekiranya anda wanita, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan orang lelaki secara jujur.
- Artikel iluvislam.com

.:: Anda Semakin Matang Bila... ::.

Anda dapat bertenang dan bersabar seandainya hajat anda tidak tercapai.
Anda mampu menyembunyikan perasaan anda yang luka dan tersinggung oleh seseorang dalam kumpulan dan berlaku sebagai biasa.
Anda tidak merasa iri hati bila melihat orang lain dipuji dan disanjung.
Anda dapat menghadapi kebencian orang yang anda benar-benar merasa
tidak sewajar dengan mereka.
Anda mampu menguasai nafsu gelojoh walaupun anda ingin mendapat
perkara yang anda fikir boleh dapat.
Anda dapat menahan rasa sakit hati dan malu seandainya anda tidak dapat hidup setaraf dengan rakan sejawat anda yang lain.
Anda terus berlaku adil dan saksama walaupun suasana sekeliling menghalang maksud anda.
Anda dapat menerima kritik atau salah faham orang tanpa memperbesar-besarkannya.
Anda memandang jauh kedepan, umpamanya dengan sabar menangung kesusahan demi kepentingan masa depan, tanpa merasa resah, bimbang dan ragu.
Anda memberi persetujuan kepada pendapat- pendapat yang anda tidak setujui dalam perdebatan tanpa merasa sakit hati atau tidak senang.
Anda berbahagia bersendirian dengan mempunyai satu kegemaran atau hobi
yang benar-benar anda minati.
Anda mengaku dengan jujur tidak tahu bila anda betul-betul tidak tahu, tanpa merasa malu.
Anda menghadapi orang-orang tua atau orang- orang yang lebih berpengaruh tanpa sentiasa berusaha untuk menimbulkan kesan-kesan negatif.
Anda akan cuba melakukan sesuatu dengan sederhana bukannya berlebih-lebihan untuk menunjukkan bahawa anda dapat melakukannya dengan lebih sempurna.
Anda dapat mendahulukan kepentingan orang lain walaupun anda tidak merasa senang kerananya.
Anda boleh berlaku wajar dan saksama terhadap orang-orang yang tidak anda sukai.
Anda dapat mengujudkan rasa kasih-sayang, cinta atau boleh bersahabat tanpa mendapat tempat yang utama dalam hidup mereka.
Sekiranya anda lelaki, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan wanita tanpa berfikir bahawa anda adalah lelaki yang jadi idaman setiap wanita.
Sekiranya anda wanita, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan orang lelaki secara jujur.
- Artikel iluvislam.com

.:DOA YANG SANGAT WAJAR DIAMALKAN DI ZAMAN INI (AYAT PENGERAK):.

 
Ada satu doa yang pendek tetapi sangat besar manfaatnya sekiranya diamalkan dalam kehidupan seharian kita. Doa yang dimaksudkan seperti sabda Rasulullah s.a.w. seperti berikut;


Rasulullah s.a.w. mengajarkan kepada umatnya satu doa yang jika dibaca tiga kali di waktu pagi dan tiga kali di waktu petang maka akan terhindarlah kepada yang membacanya daripada segala kemudaratan disepanjang hari tersebut. Doa daripada hadis di atas adalah seperti berikut;



Mengikut kamus Dewan Bahasa Edisi Ketiga, ”Mudarat” membawa maksud seperti berikut;

1. Tidak Beruntung, Menanggung Rugi
2. Tidak Berhasil, Tidak Berjaya, Gagal
3. Berbahaya
4. Melarat, Bertambah Payah

Dengan itu jika kita amalkan doa yang tersebut di atas, insya’Allah kita akan terhindar daripada ”mudarat” yang disebutkan. Maka dengan itu faedahnya yang diperolehi ialah kita akan;

1. Beruntung, Tidak Menanggung Rugi.
2. Berhasil, Berjaya dan Tidak Gagal.
3. Selamat dari bahaya.
4. Tidak melarat, Menjadi Senang.

Keberuntungan beramal dengan doa ini

Terhindar Daripada Bahaya

Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din menamakan doa ini sebagai ”Ayat Pengerak” kerana dengan membaca doa ini boleh mengerakkan hati kita untuk meneruskan atau tidak bila hendak melakukan sesuatu kerja-kerja yang berbahaya. Tuan Guru memberikan petua bagaimana untuk beramal dengan doa ini seperti berikut;

• Bila hendak memulakan perjalanan samaada perjalanan yang dekat ataupun jauh, mengembara ke tempat yang telah biasa ataupun yang belum pernah dikunjungi dan sebagainya atau untuk memulakan sesuatu pekerjaan yang mungkin biasa atau berisiko seperti masuk hutan untuk berburu, memancing, menyembelih binatang, bekerja di tempat pembinaan, dan seumpamanya, maka sebelum itu bacalah doa ini sebanyak tujuh kali. Insya’Allah, Allah s.w.t akan melindungi kita daripada segala bentuk kemudaratan, kejahatan dan bahaya yang mungkin ada di sekeliling kita.

• Jika bacaan tersekat-sekat atau terlupa atau ketika sedang membaca ada gangguan seperti gangguan telepon berdering, gangguan daripada anak-anak, gangguan daripada rakan-rakan yang menyapa dan sebagainya yang menyebabkan kosentrasi bacaan terganggu, maka berehatlah dahulu. Jangan diteruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Setelah berehat beberapa ketika, baca sekali lagi sehingga tujuh kali bacaan. Jika sekiranya bacaan tujuh kali itu lancar baru teruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Jika diteruskan juga perjalanan atau pekerjaan sedangkan bacaannya tidak lancar, mengikut pengalaman Tuan Guru, kita boleh terkena dengan kemudaratan yang mungkin ada dihadapan kita.

Perlu diingatkan disini bahawa, insya’Allah kita boleh terlepas daripada kemudaratan yang dinamakan Qada’ Muaalaq iaitu ketentuan Allah yang boleh berubah dengan kita berusaha melalui berdoa kepada-Nya. Bagaimanapun jika ianya Qada’ Mubram iaitu ketentuan Allah yang tidak boleh berubah seperti mati maka kalau ajal telah tiba kita membaca doa ini seribu kali sekali pun pasti kita akan mati.

Terhindar Daripada Kemudaratan Makanan

Makanan dan minuman yang masuk ketubuh badan kita sebahagiannya mengandungi bahan kimia yang beracun. Racun tersebut tidak memberi kesan untuk jangkamasa pendek tetapi terbukti sebahagiannya memudaratkan tubuh badan untuk jangkamasa panjang. Penyakit yang begitu sinonim dewasa ini dalam masyarakat kita seperti kanser, diabetes, dan sebagainya adalah berpunca daripada makanan dan juga minuman. Untuk mengelakkan makanan yang kita makan membawa mudarat kepada tubuh badan adalah disarankan agar mengamalkan doa ini sekurang-kurangnya tiga kali sebelum menjamah apa sahaja makanan dan minuman. Insya’Allah dengan keberkatan membaca doa ini semua makanan dan minuman yang halal, yang dimakan dan diminum tidak memudaratkan tubuh badan kita.

Terhindar Daripada Sihir

Perbuatan belajar dan mengamalkan ilmu sihir hukumnya adalah syirik dan mereka yang syirik akan mendapat balasan laknat Allah s.w.t. dan mereka akan ditempatkan di dalam neraka selama-lamanya melainkan jika sempat bertaubat sebelum mati.  

Kesan perbuatan sihir boleh terkena kepada sesiapa sahaja dengan izin Allah s.w.t. Ada sihir untuk tujuan kecantikan seperti memakai susuk dan kebanyakan amalan sihir adalah untuk tujuan khianat yang boleh memudaratkan seseorang dan sesetengahnya boleh membawa maut. Ada perbuatan sihir yang sememangnya ditujukan kepada seseorang kerana dorongan hasad dengki, dan ada juga yang terkena sihir dengan tidak disengajakan seperti secara tidak sengaja termakan makanan dan minuman yang mengandungi santau.

Pengalaman penulis berhenti makan dengan seorang sahabat di sebuah gerai makan. Gerai tersebut terletak di tepi jalanraya. Ketika hendak menjamah makanan, tiba-tiba pinggan kaca yang berisi nasi terbelah dua. Dalam peristiwa yang lain, sahabat penulis itu menceritakan dia pernah minum di sebuah restoran dimana gelas ditangannya pecah sebelum sempat sampai ke mulutnya. Kedua-dua kejadian ini berlaku kerana makanan dan minuman tersebut ada mengandungi sihir santau. Dia terhindar daripada mudarat sihir dengan berkat beramal dengan doa ini setiap kali sebelum menjamah makanan dan minuman.

Dalam hal yang lain pula, ada juga sihir digunakan untuk tujuan melariskan jualan makanan. Unsur-unsur bahan sihir tertentu dimasukkan ke dalam makanan yang menyebabkan sesiapa yang menjamah makanan tersebut akan merasakan masakan tersebut sungguh sedap. Dengan mengamalkan doa ini insyaAllah kita hanya akan merasa yg asal tanpa dipengaruhi faktor lain.

Terhindar Daripada Gangguan Makhluk Halus

Apabila kita pergi ke sesuatu tempat yang pada kebiasaannya tempat tersebut makhluk halus berkeliaran atau tinggal seperti di tepi tasek, di dalam hutan, di bangunan yang telah lama di tinggalkan dan sebagainya, maka kita terdedah kepada gangguan makhluk ini. Namun begitu jika kita beramal dengan doa ini insya’Allah mereka tidak berjaya untuk mengusik, manakut-nakutkan dan memudaratkan kita.

Satu perkara yang penting juga, apabila kita pulang ke rumah dari tempat yang disebutkan di atas, kadang kala makhluk itu akan mengekori kita dan masuk ke dalam rumah kita tanpa kita sedari. Jika kita mempunyai anak-anak kecil mereka mudah diganggu oleh makhluk ini, akibatnya anak kecil kita menangis tidak henti-henti. Untuk mengelakkan mereka masuk ke rumah kita, bacalah doa ini tiga kali kemudian ludah ke sebelah kiri sebelum kita masuk ke dalam rumah.

Di dalam hadis yang tersebut di atas, Rasulullah s.a.w. mengajarkan supaya membaca doa ini tiga kali, dengan itu mungkin kurang berkesan jika kita membacanya kurang daripada tiga.

Semoga artikel pendek ini memberi manfaat kepada yang membaca dan mengamalkannya, insya'Allah. 
 
Oleh: Ismail bin Abu Bakar
http://darussyifa.org/ 

::Si cilik Ardi sudah berhenti rokok,Alhamdulillah::


JAKARTA - Seorang budak lelaki di Sumatera, Indonesia berusia dua tahun, Ardi Rizal (gambar) yang mengejutkan dunia kerana menghisap 40 batang rokok sehari, akhirnya dapat menghentikan tabiatnya itu, kata seorang pegawai kebajikan kelmarin.
Dia berjaya meninggalkan tabiatnya itu selepas mendapat rawatan rapi di sebuah hospital di sini sejak Julai lalu dengan ditemani ibunya.
Sebelum ini klip video yang menunjukkan kanak-kanak itu menghisap rokok disiarkan di Internet pada Mei lalu.
"Dia tidak lagi merokok dan paling penting, dia tidak meminta rokok," kata Setiausaha Agung sebuah agensi perlindungan kanak-kanak, Arist Merdeka Sirait.
Arist memberitahu Ardi gembira apabila dia dapat kembali semula ke kampung kerana dia amat merindui bapanya.
Ardi mula merokok sejak berusia enam bulan selepas dia diberikan bapanya sebatang rokok yang pertama. - AFP
p/s: "Ya Allah... Tunjukkan kepada kami yang benar dan jadikan pilihan kami mengikuti yang benar itu. Dan juga tunjukkan kepada kami yang tidak benar dan permudahkan kami meninggalkannya."
"Membiarkan orang lain sahaja yang bermotivasi dalam memperolehi pahala bukanlah sifat orang beriman. Jangan biarkan kata-kata negatif orang terhadap sesuatu yang baik untuk akhirat anda, membantutkan semangat. Jadikan ia pendorong dan motivasi..."
(Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman)

Pelangi Selepas Hujan


Seringkali hati kecil mengadu sakit, seringkali jiwa meratap hiba. Dugaan dan ujian yang
bertimpa-timpa, kadangkala menewaskan semangat yang ada.
Kadangkala kita berasa sendirian dan terasa betapa kita dipinggirkan. Ketika kita menyangka sudah tidak ada lagi yang bernilai dalam kehidupan dan yang kita lihat hanyalah jalan suram di hadapan.
Lantas kita marah kepada Tuhan, kita kecewa dengan ketentuan yang diciptakan. Kita menyalahkan takdir hitam dan saat itu sendu airmata mengaburkan kewarasan.
Lalu kita hilang pertimbangan, di antara keimanan dan rasukan syaitan. Kita hanya nampak jalan mudah untuk melepaskan diri, lalu ada yang seringkali memilih kematian sebagai penyelesaian.
Pernahkah sekali kita memahami alam?
Mengapa Tuhan hadirkan pelangi selepas hujan?
Mengapa Tuhan tumbuhkan bunga selepas kering-kontang? 
Hanya daripada benih hitam yang kusam, apabila disirami hujan lantas berbunga cantik. Maka tersenyumlah alam. Betapa indahnya aturan Tuhan.
Mengapa tidak ada hujan berpanjangan atau sinar mentari yang menyinari alam?
Mengapa harus ada putaran alam seperti hitam malam dihiasi bintang?
Mengapa untuk tidak ada sekaligus dalam satu masa?
Mengapa harus hilang sesuatu untuk sesuatu?
Jawabnya senang.
Kerana tidak ada kemanisan tanpa ada kepahitan, dugaan dan rintangan. Mengecapi kebahagiaan memerlukan pengorbanan. Setiap kesenangan akan ada bayaran. Contohnya Tuhan hadirkan pelangi yang indah dan kicau burung yang menyanyikan kedamaian selepas hujan. 
Biar hujan di dalam hati, pasti ada pelangi yang menanti. InsyaAllah.
"Berzikirlah selalu kerana ia adalah salah satu cara untuk kita menghubungkan diri kita dengan Allah, disamping itu, cara ini jugalah yang akan menjadikan hati manusia lembut"