.:25 Nasihat Luqman Kepada Anaknya:.
- Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yg dalam, banyak manusia yg karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yg bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.
- orang – orang yg sentiasa menyediakan dirinya utk menerima nasihat,maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yg insaf dan sedar setalah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemulian dari ALLAH juga.
- Hai anakku; orang yg merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kpd ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.
- Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.
- Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.
- Dan selalulah berharap kpd ALLAH tentang sesuatu yg menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kpd ALLAH dengan sebenar benar takut ( takwa ), tentulah engkau akan terlepas dr sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.
- Hai anakku; seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yg telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal hal yg tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dr tempatnya semula itu lebih mudah drpd memberi pengertian kpd orang yg tidak mahu mengerti.
- Hai anakku; engkau telah merasakan betapa beratnya mengankat batu besar dan besi yg amat berat, tetapi akan lebih lagi drpd semua itu,adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yg jahat.
- Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang yg tidak cerdik sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.
- Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yg berbahaya.
- Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah utk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.
- janganlah engkau makan sampai kenyang yg berlebihan, kerana sesungguhnya makan yg terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kpd anjing sahaja.
- Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.
- Makanlah makananmu bersama sama dengan orang orang yg takwa dan musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.
- Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yg mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.
- Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilahterlebih dahulu dengan berpura pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu,maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati-hatilah.
- selalulah baik tuturkata dan halus budibahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yg pernah memberikan barang yg berharga.
- Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanyasebagai orang yg tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yg mengharapkan sesuatu darimu.
- Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yg tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya’ yg akan mendatangkan cela pd dirimu.
- Hai anakku; janganlah engkau condong kpd urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan olah dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.
- Hai anakku; usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata
kata yg busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.
- Hai anakku; janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yg menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yg pasti, janganlah engkau bertanya sesuatun yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia-siakan hartamu.
- Barang sesiapa yg penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yg pendiam akan selamat daripada berkata yg mengandungi racun, dan sesiapa yg tidak dapat menahan lidahnya dr berkata kotor tentu akan menyesal.
- Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yg alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata katanya bagaikan tanah yg subur lalu disirami air hujan.
- Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yg selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain.Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yg engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yg bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.
.:Nabi Muhammad SAW : Tokoh segala tokoh yang pernah wujud:.
Kalau mereka kata Mahatma Gandhi itu tokoh berjiwa rakyat
Kalau mereka kata Abraham Lincoln itu tokoh demokrasi
Kalau mereka kata Nelson Mandela itu pejuang hak asasi menentang diskriminasi kaum
Kalau mereka kata Sun Tzu itu strategis seni peperangan
Kalau mereka kata Mother Teresa itu ikon kemanusiaan yang penuh kasih sayang
Kalau mereka kata Albert Einstein itu genius sains yang tidak terlawan
Kalau mereka kata Martin Luther King itu ikon impian Amerika
Kalau mereka kata Gengis Khan itu panglima tentera yang hebat
Kalau mereka kata Salahuddin Al-Ayyubi itu jeneral yang disegani kawan dan lawan
Kalau mereka kata Willian Shakepears itu sasterawan yang ulung
Kalau mereka kata Plato itu ahli falsafah yang hebat
Kalau mereka kata Khalid al-Walid itu panglima yang tidak tidur dan tidak membiarkan musuhnya tidur
Kalau mereka kata Zhu Ge Liang itu arkitek peperangan yang tidak dapat diduga
Kalau mereka kata Michael Jackson itu ikon paling popular dan disayangi pada zamannya
Kalau mereka kata Al Gore itu aktivis keamanan global
Kalau mereka kata Immanuel Kant itu pelopor revolusi pencerahan Eropah
Kalau mereka kata Che Guavara itu anak muda pembawa obor perubahan
Kalau mereka kata Imam Khomeini itu ikon revolusi Islam
Kalau mereka kata Confucius itu genius falsafah China
Kalau mereka kata Mao Zedong itu ahli politik yang handal
Walau mereka menyenarai ratusan. ribuan malah jutaan tokoh yang ada di dunia
Maka ketahuilah kesemua kualiti yang ada pada tokoh-tokoh itu terkumpul pada seorang manusia.
Maka ketahuilah manusia itu bernama:
Muhammad bin Abdullah (selawat dan salam ke atas Baginda)
“Sesungguhnya telah ada bagi kamu pada diri RasuluLLAH itu contoh ikutan yang paling baik” (Al-Quran, Surah Al-Ahzab : 21)
Halaqah Sentuhan Qalbu Bhgn 1
Halaqah Sentuhan Qalbu Bhgn 2
Halaqah Sentuhan Qalbu Bhgn 3
Ya, Rasulullah merupakan 'ikon' utama dalam kehidupan kita. Ikon yang akan menjadi pimpinan hidup kita. Tanpa baginda kita tak mungkin mengenali al-Qur'an dan al-Hadith.
Oleh itu, sama-samalah kita menghayati dan menghidupkan al-Qur'an dan al-Hadith sebagai jalan hidup kita. Wassalam
.:Orang yang Cerdik ialah Orang yang Dapat Menakluki Dirinya:.
Kadang-kadang kita mudah terpedaya dengan kemewahan dan tarikan duniawi sehinggakan kita terlupa tentang persinggahan yang seterusnya iaitu alam akhirat yang semestinya pasti. Kata-kata Abu Darda’ mungkin boleh menginsafkan kita tentang matlamat kita sebenarnya. Abu Darda’ r.a. berkata:
“Ada tiga hal yang membuat aku tertawa dan tiga hal yang membuat aku menangis. Aku tertawa melihat orang yang terlalu mengejar dunia padahal dia dikejar kematian, orang yang lalai padahal dia tidak pernah dilalaikan, dan orang yang tertawa dengan makanan penuh dimulutnya sedang dia tidak mengetahui samada Allah meredhainya atau memurkainya”. Adapun orang yang membuat aku menangis ialah saat berpisah dengan kekasih Allah iaitu Muhammad s.a.w dan para pengikutnya, dan aku bersedih memikirkan betapa dahsyatnya permulaan kematian ketika menghadapi sakaratul maut dan bagaimana keadaanku ketika berdiri dihadapan Allah pada saat perbuatan yang selama ini tersembunyi dipertontonkan lalu aku tidak tahu apakah ke Syurga atau ke Neraka.”
Walau bagaimanapun terdapat beberapa amalan yang dapat meringankan kesakitan semasa menghadapi ajal. Antaranya amalan taubat yang diamalkan oleh hamba dapat meringankan siksa disaat kematiannya. Jika dia masih mempunyai dosa yang memerlukan kepada taubat bererti ia masih lagi belum bersiap sedia menemui Tuhannya.
Firman Allah:
“Hai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taubat, mudah-mudahan Allah menghapuskan kesalahanmu dan memasukkan kamu kedalam syurga yang mengalir air sungai dibawahnya”. [al-Tahrim: 8]
Lagi firman Allah:
“Dan orang-orang yang melakukan perbuatan keji atau menzalimi diri sendiri mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun atas dosa-dosa mereka. Dan tiada siapa yang mengampuni dosa melainkan Allah dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya, sedang mereka mengetahuinya”. [Al-Imran: 135]
Menyedari hal yang dinyatakan dalam ayat ini, maka bersegeralah bertaubat kerana kematian akan menjemput pada bila-bila masa sahaja. Sayidina Ali k.w. pernah menjelaskan dengan katanya:
Taubat adalah kata-kata yang mempunyai enam erti:
1. Taubat atas dosa-dosa yang telah lalu adalah dengan menyesal.
2. Taubat atas melakukan kewajipan-kewajipan secara serampangan adalah mengulangi
3. Taubat atas mengambil hak orang lain secara zalim adalah dengan mengembalikan kepada pemiliknya
4. Membiasakan diri melakukan ketaatan sebagaimana sebelumnya terbiasa melakukan kemaksiatan
5. Membuat nafsu merasakan pahitnya taat sebagaimana sebelumnya merasa manisnya maksiat.
6. Menghiasi diri dengan taat kepada Allah sebagaimana sebelumnya menghiasi diri dengan maksiat kepada-Nya serta menangis sebagai ganti setiap ketawa yang kamu lakukan.
Sebenarnya, kematian tidak pernah mengenal batas usia dan waktu. Hal itu agar sesiapapun selalu berwaspada dan bersiap-siap menghadapinya. Sabda nabi s.a.w:
“Orang yang cerdik ialah orang yang berjaya menakluki dirinya”
Ertinya dalam hadith di atas menceritakan kepada kita bahawa orang yang cerdik ialah orang yang mampu menakluki dirinya sendiri sehingga mahu beribadah kepada Allah sebagai bekalan mempersiapkan dirinya untuk menjalani kehidupan setelah mati dan bertemu Allah s.w.t.
Sumber:satu perkongsian ilmu daripada drhasanah.com
::Tahniah untuk kalian::
Salam dan selamat sejahtera,
Hari ini 11 November 2010 hari keramat untuk pelajar darjah 6.Sahaja nak ucapkan tahniah kepada Nana(adikku) dan Ahmad(adik saudaraku) kerana memperoleh 5A.Syukur Alhamdulillah.Tapi ingat ini bukan segala-galanya.Kejayaan ini merupakan satu titik permulaan dan perjalanan untuk di tempuhi masih jauh dan berliku.
Kepada yang gagal atau tak mencapai target,jangan bersedih sebab sesuatu yang terjadi mempunyai hikmah.
"""" Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari, DIA datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Allah hendak memberi kita pelangi"
p/s: Jangan kita lupa, bahawa dalam kehidupan kita ini,ada satu pohon hati yang perlu kita bangunkan,tumbangnya pohon itu,maka ranaplah kehidupan kita..Mudah-mudahan, kita diredhai Allah,semoga Allah mengampuni kita semua..amin..
.: Anda Semakin Matang Bila... :.
Anda dapat bertenang dan bersabar seandainya hajat anda tidak tercapai.
Anda mampu menyembunyikan perasaan anda yang luka dan tersinggung oleh seseorang dalam kumpulan dan berlaku sebagai biasa.
Anda tidak merasa iri hati bila melihat orang lain dipuji dan disanjung.
Anda dapat menghadapi kebencian orang yang anda benar-benar merasa tidak sewajar dengan mereka.
Anda mampu menguasai nafsu gelojoh walaupun anda ingin mendapat perkara yang anda fikir boleh dapat.
Anda dapat menahan rasa sakit hati dan malu seandainya anda tidak dapat hidup setaraf dengan rakan sejawat anda yang lain.
Anda terus berlaku adil dan saksama walaupun suasana sekeliling menghalang maksud anda.
Anda dapat menerima kritik atau salah faham orang tanpa memperbesar-besarkannya.
Anda memandang jauh kedepan, umpamanya dengan sabar menangung kesusahan demi kepentingan masa depan, tanpa merasa resah, bimbang dan ragu.
Anda memberi persetujuan kepada pendapat- pendapat yang anda tidak setujui dalam perdebatan tanpa merasa sakit hati atau tidak senang.
Anda berbahagia bersendirian dengan mempunyai satu kegemaran atau hobi yang benar-benar anda minati.
Anda mengaku dengan jujur tidak tahu bila anda betul-betul tidak tahu, tanpa merasa malu.
Anda menghadapi orang-orang tua atau orang- orang yang lebih berpengaruh tanpa sentiasa berusaha untuk menimbulkan kesan-kesan negatif.
Anda akan cuba melakukan sesuatu dengan sederhana bukannya berlebih-lebihan untuk menunjukkan bahawa anda dapat melakukannya dengan lebih sempurna.
Anda dapat mendahulukan kepentingan orang lain walaupun anda tidak merasa senang kerananya.
Anda boleh berlaku wajar dan saksama terhadap orang-orang yang tidak anda sukai.
Anda dapat mengujudkan rasa kasih-sayang, cinta atau boleh bersahabat tanpa mendapat tempat yang utama dalam hidup mereka.
Sekiranya anda lelaki, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan wanita tanpa berfikir bahawa anda adalah lelaki yang jadi idaman setiap wanita.
Sekiranya anda wanita, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan orang lelaki secara jujur.
- Artikel iluvislam.com
.:: Anda Semakin Matang Bila... ::.
Anda mampu menyembunyikan perasaan anda yang luka dan tersinggung oleh seseorang dalam kumpulan dan berlaku sebagai biasa.
Anda tidak merasa iri hati bila melihat orang lain dipuji dan disanjung.
Anda dapat menghadapi kebencian orang yang anda benar-benar merasa
tidak sewajar dengan mereka.
Anda mampu menguasai nafsu gelojoh walaupun anda ingin mendapat
perkara yang anda fikir boleh dapat.
Anda dapat menahan rasa sakit hati dan malu seandainya anda tidak dapat hidup setaraf dengan rakan sejawat anda yang lain.
Anda terus berlaku adil dan saksama walaupun suasana sekeliling menghalang maksud anda.
Anda dapat menerima kritik atau salah faham orang tanpa memperbesar-besarkannya.
Anda memandang jauh kedepan, umpamanya dengan sabar menangung kesusahan demi kepentingan masa depan, tanpa merasa resah, bimbang dan ragu.
Anda memberi persetujuan kepada pendapat- pendapat yang anda tidak setujui dalam perdebatan tanpa merasa sakit hati atau tidak senang.
Anda berbahagia bersendirian dengan mempunyai satu kegemaran atau hobi
yang benar-benar anda minati.
Anda mengaku dengan jujur tidak tahu bila anda betul-betul tidak tahu, tanpa merasa malu.
Anda menghadapi orang-orang tua atau orang- orang yang lebih berpengaruh tanpa sentiasa berusaha untuk menimbulkan kesan-kesan negatif.
Anda akan cuba melakukan sesuatu dengan sederhana bukannya berlebih-lebihan untuk menunjukkan bahawa anda dapat melakukannya dengan lebih sempurna.
Anda dapat mendahulukan kepentingan orang lain walaupun anda tidak merasa senang kerananya.
Anda boleh berlaku wajar dan saksama terhadap orang-orang yang tidak anda sukai.
Anda dapat mengujudkan rasa kasih-sayang, cinta atau boleh bersahabat tanpa mendapat tempat yang utama dalam hidup mereka.
Sekiranya anda lelaki, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan wanita tanpa berfikir bahawa anda adalah lelaki yang jadi idaman setiap wanita.
Sekiranya anda wanita, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan orang lelaki secara jujur.
- Artikel iluvislam.com
.:DOA YANG SANGAT WAJAR DIAMALKAN DI ZAMAN INI (AYAT PENGERAK):.
Ada satu doa yang pendek tetapi sangat besar manfaatnya sekiranya diamalkan dalam kehidupan seharian kita. Doa yang dimaksudkan seperti sabda Rasulullah s.a.w. seperti berikut;
Rasulullah s.a.w. mengajarkan kepada umatnya satu doa yang jika dibaca tiga kali di waktu pagi dan tiga kali di waktu petang maka akan terhindarlah kepada yang membacanya daripada segala kemudaratan disepanjang hari tersebut. Doa daripada hadis di atas adalah seperti berikut;
Mengikut kamus Dewan Bahasa Edisi Ketiga, ”Mudarat” membawa maksud seperti berikut;
1. Tidak Beruntung, Menanggung Rugi
2. Tidak Berhasil, Tidak Berjaya, Gagal
3. Berbahaya
4. Melarat, Bertambah Payah
2. Tidak Berhasil, Tidak Berjaya, Gagal
3. Berbahaya
4. Melarat, Bertambah Payah
Dengan itu jika kita amalkan doa yang tersebut di atas, insya’Allah kita akan terhindar daripada ”mudarat” yang disebutkan. Maka dengan itu faedahnya yang diperolehi ialah kita akan;
1. Beruntung, Tidak Menanggung Rugi.
2. Berhasil, Berjaya dan Tidak Gagal.
3. Selamat dari bahaya.
4. Tidak melarat, Menjadi Senang.
2. Berhasil, Berjaya dan Tidak Gagal.
3. Selamat dari bahaya.
4. Tidak melarat, Menjadi Senang.
Keberuntungan beramal dengan doa ini
Terhindar Daripada Bahaya
Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din menamakan doa ini sebagai ”Ayat Pengerak” kerana dengan membaca doa ini boleh mengerakkan hati kita untuk meneruskan atau tidak bila hendak melakukan sesuatu kerja-kerja yang berbahaya. Tuan Guru memberikan petua bagaimana untuk beramal dengan doa ini seperti berikut;
• Bila hendak memulakan perjalanan samaada perjalanan yang dekat ataupun jauh, mengembara ke tempat yang telah biasa ataupun yang belum pernah dikunjungi dan sebagainya atau untuk memulakan sesuatu pekerjaan yang mungkin biasa atau berisiko seperti masuk hutan untuk berburu, memancing, menyembelih binatang, bekerja di tempat pembinaan, dan seumpamanya, maka sebelum itu bacalah doa ini sebanyak tujuh kali. Insya’Allah, Allah s.w.t akan melindungi kita daripada segala bentuk kemudaratan, kejahatan dan bahaya yang mungkin ada di sekeliling kita.
• Jika bacaan tersekat-sekat atau terlupa atau ketika sedang membaca ada gangguan seperti gangguan telepon berdering, gangguan daripada anak-anak, gangguan daripada rakan-rakan yang menyapa dan sebagainya yang menyebabkan kosentrasi bacaan terganggu, maka berehatlah dahulu. Jangan diteruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Setelah berehat beberapa ketika, baca sekali lagi sehingga tujuh kali bacaan. Jika sekiranya bacaan tujuh kali itu lancar baru teruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Jika diteruskan juga perjalanan atau pekerjaan sedangkan bacaannya tidak lancar, mengikut pengalaman Tuan Guru, kita boleh terkena dengan kemudaratan yang mungkin ada dihadapan kita.
Perlu diingatkan disini bahawa, insya’Allah kita boleh terlepas daripada kemudaratan yang dinamakan Qada’ Muaalaq iaitu ketentuan Allah yang boleh berubah dengan kita berusaha melalui berdoa kepada-Nya. Bagaimanapun jika ianya Qada’ Mubram iaitu ketentuan Allah yang tidak boleh berubah seperti mati maka kalau ajal telah tiba kita membaca doa ini seribu kali sekali pun pasti kita akan mati.
Terhindar Daripada Kemudaratan Makanan
Makanan dan minuman yang masuk ketubuh badan kita sebahagiannya mengandungi bahan kimia yang beracun. Racun tersebut tidak memberi kesan untuk jangkamasa pendek tetapi terbukti sebahagiannya memudaratkan tubuh badan untuk jangkamasa panjang. Penyakit yang begitu sinonim dewasa ini dalam masyarakat kita seperti kanser, diabetes, dan sebagainya adalah berpunca daripada makanan dan juga minuman. Untuk mengelakkan makanan yang kita makan membawa mudarat kepada tubuh badan adalah disarankan agar mengamalkan doa ini sekurang-kurangnya tiga kali sebelum menjamah apa sahaja makanan dan minuman. Insya’Allah dengan keberkatan membaca doa ini semua makanan dan minuman yang halal, yang dimakan dan diminum tidak memudaratkan tubuh badan kita.
Terhindar Daripada Sihir
Perbuatan belajar dan mengamalkan ilmu sihir hukumnya adalah syirik dan mereka yang syirik akan mendapat balasan laknat Allah s.w.t. dan mereka akan ditempatkan di dalam neraka selama-lamanya melainkan jika sempat bertaubat sebelum mati.
Kesan perbuatan sihir boleh terkena kepada sesiapa sahaja dengan izin Allah s.w.t. Ada sihir untuk tujuan kecantikan seperti memakai susuk dan kebanyakan amalan sihir adalah untuk tujuan khianat yang boleh memudaratkan seseorang dan sesetengahnya boleh membawa maut. Ada perbuatan sihir yang sememangnya ditujukan kepada seseorang kerana dorongan hasad dengki, dan ada juga yang terkena sihir dengan tidak disengajakan seperti secara tidak sengaja termakan makanan dan minuman yang mengandungi santau.
Pengalaman penulis berhenti makan dengan seorang sahabat di sebuah gerai makan. Gerai tersebut terletak di tepi jalanraya. Ketika hendak menjamah makanan, tiba-tiba pinggan kaca yang berisi nasi terbelah dua. Dalam peristiwa yang lain, sahabat penulis itu menceritakan dia pernah minum di sebuah restoran dimana gelas ditangannya pecah sebelum sempat sampai ke mulutnya. Kedua-dua kejadian ini berlaku kerana makanan dan minuman tersebut ada mengandungi sihir santau. Dia terhindar daripada mudarat sihir dengan berkat beramal dengan doa ini setiap kali sebelum menjamah makanan dan minuman.
Dalam hal yang lain pula, ada juga sihir digunakan untuk tujuan melariskan jualan makanan. Unsur-unsur bahan sihir tertentu dimasukkan ke dalam makanan yang menyebabkan sesiapa yang menjamah makanan tersebut akan merasakan masakan tersebut sungguh sedap. Dengan mengamalkan doa ini insyaAllah kita hanya akan merasa yg asal tanpa dipengaruhi faktor lain.
Terhindar Daripada Gangguan Makhluk Halus
Apabila kita pergi ke sesuatu tempat yang pada kebiasaannya tempat tersebut makhluk halus berkeliaran atau tinggal seperti di tepi tasek, di dalam hutan, di bangunan yang telah lama di tinggalkan dan sebagainya, maka kita terdedah kepada gangguan makhluk ini. Namun begitu jika kita beramal dengan doa ini insya’Allah mereka tidak berjaya untuk mengusik, manakut-nakutkan dan memudaratkan kita.
Satu perkara yang penting juga, apabila kita pulang ke rumah dari tempat yang disebutkan di atas, kadang kala makhluk itu akan mengekori kita dan masuk ke dalam rumah kita tanpa kita sedari. Jika kita mempunyai anak-anak kecil mereka mudah diganggu oleh makhluk ini, akibatnya anak kecil kita menangis tidak henti-henti. Untuk mengelakkan mereka masuk ke rumah kita, bacalah doa ini tiga kali kemudian ludah ke sebelah kiri sebelum kita masuk ke dalam rumah.
Di dalam hadis yang tersebut di atas, Rasulullah s.a.w. mengajarkan supaya membaca doa ini tiga kali, dengan itu mungkin kurang berkesan jika kita membacanya kurang daripada tiga.
Semoga artikel pendek ini memberi manfaat kepada yang membaca dan mengamalkannya, insya'Allah.
Oleh: Ismail bin Abu Bakar
http://darussyifa.org/
::Si cilik Ardi sudah berhenti rokok,Alhamdulillah::
JAKARTA - Seorang budak lelaki di Sumatera, Indonesia berusia dua tahun, Ardi Rizal (gambar) yang mengejutkan dunia kerana menghisap 40 batang rokok sehari, akhirnya dapat menghentikan tabiatnya itu, kata seorang pegawai kebajikan kelmarin.
Dia berjaya meninggalkan tabiatnya itu selepas mendapat rawatan rapi di sebuah hospital di sini sejak Julai lalu dengan ditemani ibunya.
Sebelum ini klip video yang menunjukkan kanak-kanak itu menghisap rokok disiarkan di Internet pada Mei lalu.
"Dia tidak lagi merokok dan paling penting, dia tidak meminta rokok," kata Setiausaha Agung sebuah agensi perlindungan kanak-kanak, Arist Merdeka Sirait.
Arist memberitahu Ardi gembira apabila dia dapat kembali semula ke kampung kerana dia amat merindui bapanya.
Ardi mula merokok sejak berusia enam bulan selepas dia diberikan bapanya sebatang rokok yang pertama. - AFP
p/s: "Ya Allah... Tunjukkan kepada kami yang benar dan jadikan pilihan kami mengikuti yang benar itu. Dan juga tunjukkan kepada kami yang tidak benar dan permudahkan kami meninggalkannya."
"Membiarkan orang lain sahaja yang bermotivasi dalam memperolehi pahala bukanlah sifat orang beriman. Jangan biarkan kata-kata negatif orang terhadap sesuatu yang baik untuk akhirat anda, membantutkan semangat. Jadikan ia pendorong dan motivasi..."
(Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman)
Pelangi Selepas Hujan
Seringkali hati kecil mengadu sakit, seringkali jiwa meratap hiba. Dugaan dan ujian yang
bertimpa-timpa, kadangkala menewaskan semangat yang ada.
Kadangkala kita berasa sendirian dan terasa betapa kita dipinggirkan. Ketika kita menyangka sudah tidak ada lagi yang bernilai dalam kehidupan dan yang kita lihat hanyalah jalan suram di hadapan.
Lantas kita marah kepada Tuhan, kita kecewa dengan ketentuan yang diciptakan. Kita menyalahkan takdir hitam dan saat itu sendu airmata mengaburkan kewarasan.
Lalu kita hilang pertimbangan, di antara keimanan dan rasukan syaitan. Kita hanya nampak jalan mudah untuk melepaskan diri, lalu ada yang seringkali memilih kematian sebagai penyelesaian.
Pernahkah sekali kita memahami alam?
Mengapa Tuhan hadirkan pelangi selepas hujan?
Mengapa Tuhan tumbuhkan bunga selepas kering-kontang?
Hanya daripada benih hitam yang kusam, apabila disirami hujan lantas berbunga cantik. Maka tersenyumlah alam. Betapa indahnya aturan Tuhan.
Mengapa tidak ada hujan berpanjangan atau sinar mentari yang menyinari alam?
Mengapa harus ada putaran alam seperti hitam malam dihiasi bintang?
Mengapa untuk tidak ada sekaligus dalam satu masa?
Mengapa harus hilang sesuatu untuk sesuatu?
Jawabnya senang.Kerana tidak ada kemanisan tanpa ada kepahitan, dugaan dan rintangan. Mengecapi kebahagiaan memerlukan pengorbanan. Setiap kesenangan akan ada bayaran. Contohnya Tuhan hadirkan pelangi yang indah dan kicau burung yang menyanyikan kedamaian selepas hujan.
Biar hujan di dalam hati, pasti ada pelangi yang menanti. InsyaAllah."Berzikirlah selalu kerana ia adalah salah satu cara untuk kita menghubungkan diri kita dengan Allah, disamping itu, cara ini jugalah yang akan menjadikan hati manusia lembut"
Lihatlah dia, dan lepaskanlah kebencian kamu
“Kemaafan, ia umpama hembusan angin yang mendamaikan hati dan ibarat curahan air yang mengalir dingin menyejukan jiwa yang bergelora dengan bara kemarahan.”
Mari kita cakap pasal memaafkan orang lain lebih sikit. Saya sukalah pula bab ini. Untuk pujuk-pujuk diri juga. Merawat hati yang berlubang ini.Baca sampai habis baru tahu segalanya.
Hari ini, saya sekadar hendak memberikan contoh terbaik di dalam hal ini.
Lihatlah dia.
Dan lepaskanlah kemarahan kamu.
Dia - Rasulullah SAW. Lihatlah.
Siapa yang tidak kenal akan Abu Jahal dan sengeketanya terhadap Rasulullah SAW. Abu Jahal pernah mencampak perut unta pada tengkuk baginda saat Rasulullah SAW sedang sujud di sekitar Ka’bah. Hingga Fatimah RH menangis melihat keadaan Rasulullah SAW.
Tetapi Rasulullah SAW pada suatu hari, pernah berdoa kepada Allah SWT:
“Ya Allah, kuatkanlah Islam dengan islamnya salah satu dari kedua hambaMu ini, Umar Al-Khattab dan Amru ibn Hisyam(nama sebenar Abu Jahal)”
Mengapa masih didoakan Abu Jahal?
Siapa yang tidak tahu akan tindakan Kaum Taif kepada Rasulullah SAW. Hingga pecah kaki baginda berdarah dibaling batu tanpa belas kasihan oleh penduduk tempat itu.
Tetapi apakah yang Rasulullah buat ketika peluang menghapuskan kaum itu tiba?
“Jangan. Moga-moga dari tulang sulbi mereka nanti, akan muncul manusia-manusia yang beriman kepada Allah SWT.”
Mengapa masih didoakan mereka dengan kebaikan?
Ketika kepala baginda dihentam batu saat kaum musyrikin Makkah bersungguh-sungguh menyambar peluang untuk membunuh baginda di medan Uhud, hingga menyebabkan darah baginda tumpah mengalir.
Tetapi apakah yang baginda sebutkan pada saat yang menyakitkan itu?
“Ya Allah, ampunilah ummatku ini, sesungguhnya mereka itu tidak mengetahui.”
Satu hari, Thufail bin Amr RA datang kepada Rasulullah SAW dan memberitahu bahawa kaumnya, Bani Daus tidak mahu beriman kepada Rasulullah SAW walaupun sudah sekitar 3-4 tahun di dakwah.
Tetapi apakah yang baginda sebutkan?
Baginda mengangkat kedua tangan baginda dan berdoa: “Allahumahdi dausan. Allahumahdi dausan.” bermaksud: Ya Allah, berikanlah hidayah kepada Bani Daus, ya Allah, berikanlah hidayah kepada Bani Daus.
Pada suatu hari, jiran baginda, seorang yahudi yang keras membenci baginda, menabur duri pada jalan baginda, kuat menghina baginda, jatuh sakit.
Apakah yang baginda lakukan? Adakah baginda bergembira dengan penderitaannya?
Baginda berizarah, bahkan membantu mempermudahkan urusan yahudi tersebut.
Abdullah ibn Ubai ibn Salul, kepala munafiq, yang sering memfitnah baginda, membenci baginda, menikam belakang tubuh baginda(khianat) dan amat keras permusuhannya dengan baginda serta sering menyukarkan baginda.
Orang ini, pada hari kematiannya, apakah yang Rasulullah SAW lakukan?
Baginda mendoakannya. Hingga Allah menegur Rasulullah SAW dan menyatakan bahawa kalau Rasulullah SAW mendoakan Abdullah ibn Ubai ibn Salul ini 70 kali sekalipun, tetap Abdullah ibn Ubai ibn Salul ini tempatnya di neraka.
Apakah yang Rasulullah SAW lakukan apabila mendengar teguran itu?
“Maka aku akan mendoakannya lebih dari 70 kali.”
Hingga Allah menegur baginda sekali lagi, dengan tegas menyatakan, berapa banyak kali pun doa baginda, Abdullah ibn Ubai ibn Salul tetap di neraka.
Saat baginda berjaya menawan Makkah, kembali kepada mereka yang selama ini mneyeksa baginda, berada di atas mereka yang selama ini memerangi baginda, semua yang ada di Makkah risau dengan apakah keputusan Rasulullah SAW terhadap mereka kerana teringat segala kesalahan mereka kepada Rasulullah SAW.
Tetapi apakah yang baginda lakukan saat itu?
“Sesungguhnya pada hari ini, kamu semua tidak akan diapa-apakan. Aku ampunkan kalian.”
Bagaimanakah kamu wahai yang mengakui dirinya cinta kepada Rasulullah?
Bagaimanakah kita wahai orang-orang yang mengakui bahawa dirinya mencintai Rasulullah SAW?
Tidakkah kita melihat apakah yang ditunjukkan oleh baginda?
Memang. Sedih dan bengang, marah dan kecewa bukan benda yang senang kita lupakan. Bukan mudah untuk kita hilangkan.
Tetapi kita mulakan dengan step pertama.
Memaafkan. Memaafkan dengan dada yang lapang.
InsyaAllah yang lain akan datang kemudian. Kelapangan hati, ketenangan jiwa, kesegaran roh, akan hadir kepada kita insyaAllah. Pasti.
“Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah-lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Karena itu maafkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka…” Surah Ali-Imran ayat 159.
Cukuplah segala kebencian ini, sengketa ini. Jadilah orang yang memulakan kebaikan.
Dia tikam kamu. Kamu tikam dia semula. Dia tikam kamu lagi. Kamu balas balik. Kawan kamu marah dia tikam kamu. Kawan dia pula marah bila tengok kamu tikam dia balik. Kawan dia tikam kamu. Kawan kamu tikam dia. Kawan dia tikam kawan kamu. Kawan kamu tikam kawan dia.
Siapa yang suka benda ini?
Cukuplah semua ini. Tidakkah kita merasakan ‘kehitaman’ jiwa kita di dalam hal ini?
Janganlah. Biarlah orang lain tidak peduli dengan kehitaman jiwa mereka. Biarlah orang lain tidak peduli dengan ‘dosa-dosa’ seperti menghina, memfitnah, buat spekulasi yang bukan-bukan, mengumpat dan sebagainya. Biarlah dan biarlah. Tetapi kita tidak sekali demikian. Jangan jadi demikian.
Mengapa melemparkan diri sendiri ke neraka?
Tidakkah kita ini manusia-manusia yang inginkan keredhaan Allah dan mempercayai janji-janjiNya?
Penutup: Lapangkanlah jiwa. Tenangkanlah hati.
Kunci kelapangan jiwa dan ketenangan hati adalah di dalam roh kita ini tiada kebencian terhadap orang lain. Dan ia adalah salah satu dari kunci-kunci syurga.
Pada suatu hari, Rasulullah SAW bersama sahabat-sahabatnya sedang duduk bersama. Tiba-tiba baginda bersabda: “Akan datang selepas ini seorang ahli syurga.” Maka muncul lah fulan bin fulan. Keesokannya juga sama, Rasulullah bersabda perkara yang sama, dan muncul fulan bin fulan yang sama. Keesokannya lagi juga sama. Rasulullah SAW bersabda perkara yang sama, dan muncul fulan bin fulan yang sama.
Akhirnya seorang sahabat Rasulullah pergi berziarah ke rumah lelaki itu, dan tidur di rumahnya untuk menyiasat apakah amalannya. Selama tiga hari, sahabat Rasulullah itu tidak menjumpai apa-apa ibadah yang hebat, yang besar,yang menarik. Akhirnya dia menyatakan hajat sebenarnya tidur di rumah lelaki itu.
Lelaki itu menjawab: “Ibadahku adalah sebagaimana yang kau lihat. Tiada yang menakjubkan. Biasa-biasa sahaja.”
Sambung lelaki itu: “Tetapi di dalam hatiku tidak ada sangka buruk, rasa benci, kepada saudara-saudara mukminku.”
Tidakkah kita memerhatikan?
Lepaskanlah kebencian, kesakitan hati, kemarahan diri.
Maafkanlah.
Maafkanlah.
Lapangkanlah jiwa, tenangkanlah hati.
Koleksi Mutiara kata
JIKA ANDA BERMUSUHAN DENGAN SAHABAT ANDA BERSIAPLAH UNTUK
MENGALAH DEMI PERSAHABATAN KALIAN.
Tanda Orang Bijaksana Ialah Hatinya Selalu Berniat Suci; Lidahnya Selalu Basah Dengan Zikrullah; Matanya Menangis Kerana Penyesalan (Terhadap Dosa); Sabar Terhadap Perkara
Yang Dihadapi Dan Mengutamakan Akhirat Berbanding Dunia.
Yang Dihadapi Dan Mengutamakan Akhirat Berbanding Dunia.
" USAH DITURUTI REAKSI EMOSI, LANTARAN IMPLIKASI TAK SERASI DENGAN
APA YANG DIIMAGINASI "
* Mimpi tidak akan menjadi kenyataan jika kita asyik tidur.
* Orang yang bijak mempelajari banyak perkara daripada musuhnya sendiri.
* Terdapat banyak kemungkinan untuk gagal kerana kejayaan hanya boleh dicapai dengan satu perkara iaitu USAHA.
* Ketika ditimpa bencana, kita akan mengenali yang mana satu lawan & yang mana satu kawan.
* Pemimpin yang baik akan memikul kesalahan & tidak mengejar nama.
* Rumah tanpa buku umpama bilik tanpa tingkap.
* Kebocoran yang kecil masih boleh menenggelamkan sebuah kapal yang besar.
* Tiada hadiah yang lebih berharga daripada nasihat yang baik.
* Nyanyian ibu untuk menidurkan anaknya ketika kecil adalah suara yang paling merdu di dunia.
* Tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana.
* Berdoa dan meminta bukannya perkara yang sama.
* Kegagalan adalah permulaan kepada kejayaan.
* Orang yang bijak mempelajari banyak perkara daripada musuhnya sendiri.
* Terdapat banyak kemungkinan untuk gagal kerana kejayaan hanya boleh dicapai dengan satu perkara iaitu USAHA.
* Ketika ditimpa bencana, kita akan mengenali yang mana satu lawan & yang mana satu kawan.
* Pemimpin yang baik akan memikul kesalahan & tidak mengejar nama.
* Rumah tanpa buku umpama bilik tanpa tingkap.
* Kebocoran yang kecil masih boleh menenggelamkan sebuah kapal yang besar.
* Tiada hadiah yang lebih berharga daripada nasihat yang baik.
* Nyanyian ibu untuk menidurkan anaknya ketika kecil adalah suara yang paling merdu di dunia.
* Tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana.
* Berdoa dan meminta bukannya perkara yang sama.
* Kegagalan adalah permulaan kepada kejayaan.
Subscribe to:
Posts (Atom)